SPRM–UiTM INSPIRA 2025:
Hari Integriti & Kepimpinan telah dianjurkan oleh Fakulti Perakaunan dengan kerjasama SPRM pada 10 Disember 2025 di DK500, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam. Program ini adalah inisiatif fakulti memperkukuh budaya integriti dan meningkatkan kesedaran antirasuah dalam kalangan warganya.
Program ini turut dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Sri KPj Haji Azam bin Baki, Ketua Pesuruhjaya SPRM merangkap Profesor Adjung UiTM, serta YBhg. Datuk Prof. Ts. Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin, Naib Canselor UiTM.
Kemuncak program menyaksikan Majlis Lafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) oleh warga Fakulti Perakaunan yang diketuai oleh YBrs. Prof. Dr. Norli Ali, menzahirkan komitmen fakulti terhadap integriti dan akauntabiliti.
Selain itu, Tan Sri Azam turut menyampaikan Leadership Talk bertajuk “Inspirasi Integriti Bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM”, memberikan pencerahan penting mengenai cabaran integriti dalam profesion dan perkhidmatan awam.
Pada sesi petang, program diteruskan dengan perkongsian profesional bertajuk “From Data to Evidence: Modus Operandi dalam Forensik Kewangan” oleh Pegawai Analisa daripada Bahagian Analisa Kewangan SPRM, memberikan peserta pemahaman mendalam mengenai kaedah analisis forensik dalam pengesanan salah laku kewangan.
Program ini mengukuhkan peranan UiTM sebagai institusi yang tegas memupuk nilai integriti serta melahirkan graduan beretika dan bertanggungjawab.