UiTM Perak Pupuk Minat STEM Murid Sekolah Rendah Menerusi Little Scientist Camp 2026
Senarai rekod

Rekod Arkib

UiTM Perak Pupuk Minat STEM Murid Sekolah Rendah Menerusi Little Scientist Camp 2026

UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah menganjurkan Little Scientist Camp 2026 bagi memupuk minat STEM dalam kalangan murid sekolah rendah melalui pembelajaran berasaskan pengalaman dan eksperimen sains.

AI Assisted

Ringkasan rekod ini dengan AI

Dapatkan ringkasan pendek dan fakta utama berdasarkan kandungan rekod arkib ini.

On 8 January 2026, the Faculty of Applied Sciences (FSG), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak Kampus Tapah, organised Little Scientist Camp 2026 as part of efforts to strengthen the empowerment of Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) education among primary school pupils. The programme involved 75 pupils aged between 8 and 12 from the Tapah district, providing early exposure to STEM through learning experiences in a university environment. Held from 8.00 a.m. to 4.00 p.m., the programme was conducted by lecturers and staff of the Faculty of Applied Sciences’ Science Laboratory Unit, with the support of 30 facilitators from the Diploma in Science programme. 

The involvement of university students as facilitators not only helped ensure the smooth implementation of the activities, but also fostered the values of volunteerism, leadership and community service among students. The opening ceremony was officiated by Dr. Ahmad Zoolhelmi Bin Alias, Assistant Rector of UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah. Also present were Dr. Fathiah Abdullah, Head of the Faculty of Applied Sciences Centre of Studies, and Dr. Noor Fadhilah Muhamad Sahapini, AS120 Programme Coordinator.

Throughout the programme, participants took part in various activities based on the concept of experiential learning, including practical experiments in Physics, Chemistry and Biology at the university’s science laboratories. The modules enabled participants to understand scientific concepts practically, while developing critical, scientific and creative thinking skills and increasing their confidence in learning science. The organisation of Little Scientist Camp 2026 demonstrates UiTM Cawangan Perak’s commitment to strengthening ties with the community through high-impact knowledge transfer programmes. The programme also supports efforts to nurture a knowledgeable, competitive younger generation with an interest in STEM, in line with the aspirations of national human capital development.
Pada 08 Januari 2026– Fakulti Sains Gunaan (FSG), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak Kampus Tapah telah menganjurkan Little Scientist Camp 2026 sebagai usaha memperkukuh agenda pemerkasaan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam kalangan murid sekolah rendah. Program ini melibatkan penyertaan seramai 75 orang murid berusia antara 8 hingga 12 tahun dari sekitar daerah Tapah bagi memberi pendedahan awal kepada bidang STEM melalui pengalaman pembelajaran di persekitaran universiti. Program yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang ini dikendalikan oleh pensyarah dan staf Unit Makmal Sains Fakulti Sains Gunaan dengan sokongan 30 orang fasilitator daripada pelajar Diploma Sains. 

Penglibatan mahasiswa sebagai fasilitator bukan sahaja membantu melancarkan pelaksanaan aktiviti, malah menyemai nilai kesukarelawanan, kepimpinan dan khidmat komuniti dalam kalangan pelajar. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Dr. Ahmad Zoolhelmi Bin Alias, Penolong Rektor UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah dan turut hadir ialah Dr. Fathiah Abdullah, Ketua Pusat Pengajian Fakulti Sains Gunaan, dan Dr. Noor Fadhilah Muhamad Sahapini, Koordinator Program AS120.

Sepanjang program, para peserta mengikuti pelbagai aktiviti berasaskan konsep experiential learning (pembelajaran melalui pengalaman) yang merangkumi eksperimen amali dalam bidang Fizik, Kimia dan Biologi di makmal sains universiti. Modul yang disediakan memberi peluang kepada peserta memahami konsep sains secara praktikal, di samping memupuk kemahiran berfikir secara kritis, saintifik dan kreatif serta meningkatkan keyakinan diri terhadap pembelajaran sains. Penganjuran Little Scientist Camp 2026 membuktikan komitmen UiTM Cawangan Perak dalam memperkukuh hubungan dengan komuniti melalui program pemindahan ilmu yang berimpak tinggi. Program ini turut menyokong usaha melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, berdaya saing dan berminat dalam bidang STEM, selaras dengan aspirasi pembangunan modal insan negara.