Universiti Teknologi MARA (UiTM) recorded a proud achievement by ranking 116th in the QS World University Rankings: Asia 2026, placing UiTM among the top 8% of universities in Asia. This achievement reinforces UiTM’s position as a leading higher education institution in education and high-impact research.
The 2026 edition of the QS World University Rankings: Asia assessed 1,526 institutions, including 550 new entrants. Amid intensifying competition, UiTM recorded a 17% increase in its overall score compared with the previous year. This increase reflects UiTM’s growth momentum, excellence and resilience in navigating an increasingly competitive higher education landscape.
UiTM also demonstrated strong performance across several key indicators, notably International Research Network with a score of 98.3, followed by Academic Reputation at 89.9 and Employer Reputation at 89.8. These results demonstrate the strength of UiTM’s international research collaboration networks and increased recognition within the academic community and industry leaders. In addition, the Staff with PhD indicator recorded a fivefold increase compared with the previous year’s score, highlighting UiTM’s strategic commitment to strengthening academic capacity through continuous professional development, research excellence and talent development.
UiTM Vice‑Chancellor, Professor Datuk Ts. Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin, expressed pride and appreciation for this achievement. He described UiTM’s recognition among the top 8% of universities in Asia as a highly gratifying accomplishment and the result of the dedication and efforts of the entire UiTM community in fulfilling the mission to produce agile and professional Bumiputera graduates.
With a continually strengthened vision, UiTM remains committed to empowering excellence in education, research and entrepreneurship to ensure the university’s ongoing contribution to national and global advancement. This achievement not only reflects UiTM’s improved performance on the international stage but also serves as a catalyst for the university’s continued efforts to build a more excellent and competitive future for higher education.
Universiti Teknologi MARA (UiTM) mencatatkan pencapaian membanggakan apabila menduduki tempat ke-116 dalam QS World University Rankings: Asia 2026, sekali gus menempatkan UiTM dalam kelompok 8% universiti terbaik di Asia. Pencapaian ini memperkukuh kedudukan UiTM sebagai institusi pendidikan tinggi yang unggul dalam bidang pendidikan dan penyelidikan berimpak tinggi.
Edisi 2026 QS World University Rankings: Asia menilai sebanyak 1,526 institusi, termasuk 550 institusi baharu. Dalam persaingan yang semakin sengit, UiTM merekodkan peningkatan sebanyak 17% dalam skor keseluruhan berbanding tahun sebelumnya. Peningkatan ini mencerminkan momentum pertumbuhan, kecemerlangan dan daya tahan UiTM dalam menghadapi landskap pendidikan tinggi yang semakin kompetitif.
UiTM turut menunjukkan prestasi cemerlang dalam beberapa indikator utama, khususnya International Research Network dengan skor 98.3, diikuti Academic Reputation sebanyak 89.9 dan Employer Reputation sebanyak 89.8. Pencapaian ini membuktikan kekuatan jaringan kerjasama penyelidikan antarabangsa UiTM serta peningkatan pengiktirafan dalam kalangan komuniti akademik dan pemimpin industri. Selain itu, indikator Staff with PhD turut mencatatkan peningkatan lima kali ganda berbanding skor tahun sebelumnya, sekali gus menyerlahkan komitmen strategik UiTM dalam memperkukuh kapasiti akademik melalui pembangunan profesional berterusan, kecemerlangan penyelidikan dan pembangunan bakat.
Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Ts. Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin, menzahirkan rasa bangga dan penghargaan atas pencapaian tersebut. Beliau menyifatkan pengiktirafan UiTM dalam kelompok 8% universiti terbaik di Asia sebagai satu pencapaian yang amat membanggakan serta hasil daripada semangat dan usaha seluruh warga UiTM dalam menjayakan misi melahirkan golongan Bumiputera yang tangkas dan profesional.
Dengan visi yang terus diperkukuh, UiTM kekal komited dalam memperkasa kecemerlangan pendidikan, penyelidikan dan keusahawanan bagi memastikan sumbangan berterusan universiti terhadap kemajuan di peringkat nasional dan global. Pencapaian ini bukan sahaja mencerminkan peningkatan prestasi UiTM di persada antarabangsa, malah menjadi pemangkin kepada usaha berterusan universiti dalam membina masa depan pendidikan tinggi yang lebih cemerlang dan berdaya saing.