Universiti Teknologi MARA (UiTM) has once again marked a proud achievement by being recognised in the QS World University Rankings (WUR) by Subject 2026, with 20 subjects listed across all five main fields evaluated by QS. This accomplishment not only reflects the university’s academic excellence but also reinforces UiTM’s position as a leading higher education institution on the global stage.
The 2026 edition of the QS World University Rankings by Subject features 1,908 institutions worldwide, including 161 new entrants compared with the previous year. In this increasingly competitive landscape, UiTM’s success in maintaining and expanding its recognition demonstrates the university’s continued commitment to enhancing education, research and innovation.
A particularly significant milestone is UiTM’s listing in all five main fields for the first time, following the inclusion of Natural Sciences within the 451–500 world bracket. This success completes UiTM’s participation across all major disciplines assessed by QS, marking another milestone in the university’s development.
Several main fields also recorded notable improvements. Arts and Humanities rose from the 401–450 bracket to rank 344 worldwide, while Social Sciences and Management improved to =362. Engineering and Technology advanced from the 451–500 bracket to =383, and Life Sciences and Medicine maintained its position in the 501–550 world bracket. These results reflect UiTM’s ability to provide high-quality education, produce impactful research and graduate industry-ready professionals.
At the subject level, seven areas improved their positions: Art and Design (101–150), Pharmacy and Pharmacology (201–250), Chemical Engineering (351–400), Mechanical, Aeronautical and Manufacturing Engineering (351–400), Medicine (451–500), Chemistry (451–500) and Materials Sciences (351–400). These gains attest to UiTM’s ongoing efforts to strengthen academic quality, foster a research culture and increase the international impact of its research outputs.
A special achievement this year is the first-time listing of two new subjects: Environmental Sciences (501–550) and Biological Sciences (651–700). These recognitions further expand UiTM’s portfolio of internationally recognised areas of expertise, highlighting the university’s capacity to grow in strategically important fields of global interest.
UiTM also continues to show consistent performance in several core disciplines. Petroleum Engineering has retained its position among the world’s top 150 for six consecutive years since 2021, demonstrating sustained strength in research, innovation and talent development in the field. Several other subjects also maintained their positions, including Business and Management Studies, Economics and Econometrics, Education, Electrical and Electronic Engineering, Computer Science and Information Systems, and Mathematics.
UiTM Vice‑Chancellor, Professor Datuk Ts. Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin, said the recognition is especially meaningful as it coincides with the month of Syawal, a time symbolising gratitude, unity and renewed spirit. He stated that the achievement is the result of the commitment, dedication and collaboration of the entire UiTM community in driving academic excellence, research and innovation.
He further emphasised that this success serves as a catalyst for UiTM to advance the UiTM2030 aspirations by strengthening the university’s international reputation, expanding strategic global networks and producing competitive Bumiputera graduates with high-level skills prepared to lead the nation’s development in the future.
The achievement in the QS World University Rankings by Subject 2026 demonstrates that UiTM remains on the right course in empowering the national higher education excellence agenda. This success is a manifestation of the resolve of the entire UiTM community to continue creating impact, driving innovation and upholding the university’s status as an outstanding, relevant and respected institution on the world stage.
Universiti Teknologi MARA (UiTM) sekali lagi melakar kejayaan membanggakan apabila diiktiraf dalam QS World University Rankings (WUR) by Subject 2026, dengan 20 subjek berjaya tersenarai merentasi kesemua lima bidang utama yang dinilai oleh QS. Pencapaian ini bukan sahaja mencerminkan kecemerlangan akademik universiti, malah mengukuhkan kedudukan UiTM sebagai institusi pendidikan tinggi yang terus unggul di peringkat global.
Edisi QS World University Rankings by Subject 2026 pada tahun ini menyaksikan sebanyak 1,908 institusi dari seluruh dunia tersenarai, termasuk 161 institusi baharu berbanding tahun sebelumnya. Dalam landskap persaingan yang semakin kompetitif ini, kejayaan UiTM mengekalkan dan memperluaskan pengiktirafannya membuktikan komitmen berterusan universiti dalam memperkasa kecemerlangan pendidikan, penyelidikan dan inovasi.
Satu pencapaian yang amat signifikan ialah penyenaraian UiTM dalam kelima-lima bidang utama buat julung kalinya, susulan kemasukan Natural Sciences yang berada dalam kelompok 451–500 dunia. Kejayaan ini melengkapkan penglibatan UiTM dalam semua disiplin utama yang dinilai oleh QS, sekali gus menandakan satu lagi mercu kejayaan dalam sejarah perkembangan universiti.
Beberapa bidang utama turut mencatat peningkatan yang membanggakan. Bidang Arts and Humanities melonjak daripada kelompok 401–450 kepada kedudukan 344 dunia, manakala Social Sciences and Management meningkat kepada =362. Engineering and Technology turut menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila meningkat daripada kelompok 451–500 kepada =383, sementara Life Sciences and Medicine berjaya mengekalkan kedudukannya dalam kelompok 501–550 dunia. Prestasi ini mencerminkan keupayaan UiTM dalam menyediakan pendidikan berkualiti tinggi, menghasilkan penyelidikan berimpak serta melahirkan graduan yang memenuhi keperluan industri.
Pada peringkat subjek, sebanyak tujuh bidang berjaya memperbaiki kedudukan masing-masing, iaitu Art and Design (101–150), Pharmacy and Pharmacology (201–250), Chemical Engineering (351–400), Mechanical, Aeronautical and Manufacturing Engineering (351–400), Medicine (451–500), Chemistry (451–500) dan Materials Sciences (351–400). Peningkatan ini membuktikan usaha berterusan UiTM dalam memperkukuh kualiti akademik, memperkasa budaya penyelidikan serta meningkatkan impak hasil penyelidikan di peringkat antarabangsa.
Turut menjadi pencapaian istimewa pada tahun ini ialah penyenaraian buat kali pertama bagi dua subjek baharu, iaitu Environmental Sciences (501–550) dan Biological Sciences (651–700). Pengiktirafan ini memperluaskan lagi portfolio bidang kepakaran UiTM yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, sekali gus menyerlahkan keupayaan universiti untuk terus berkembang dalam bidang-bidang strategik yang semakin mendapat perhatian global.
Selain itu, UiTM terus menunjukkan prestasi yang konsisten dalam beberapa disiplin utama. Petroleum Engineering berjaya mengekalkan kedudukannya dalam kelompok 150 terbaik dunia selama enam tahun berturut-turut sejak 2021, sekali gus membuktikan kekuatan berterusan universiti dalam penyelidikan, inovasi dan pembangunan bakat dalam bidang tersebut. Beberapa subjek lain turut berjaya mengekalkan kedudukan masing-masing, termasuk Business and Management Studies, Economics and Econometrics, Education, Electrical and Electronic Engineering, Computer Science and Information Systems, serta Mathematics.
Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Ts. Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin, berkata pengiktirafan ini amat bermakna kerana hadir bersempena bulan Syawal, bulan yang melambangkan kesyukuran, perpaduan dan semangat baharu. Menurut beliau, pencapaian tersebut merupakan hasil komitmen, dedikasi dan kerjasama seluruh Warga UiTM dalam memacu kecemerlangan akademik, penyelidikan serta inovasi.
Beliau turut menegaskan bahawa kejayaan ini menjadi pemangkin kepada UiTM untuk terus melangkah lebih jauh dalam merealisasikan aspirasi UiTM2030, dengan memperkukuh reputasi universiti di persada antarabangsa, memperluaskan jaringan strategik global serta melahirkan graduan Bumiputera yang berdaya saing, berkemahiran tinggi dan bersedia menerajui pembangunan negara pada masa hadapan.
Pencapaian dalam QS World University Rankings by Subject 2026 ini membuktikan bahawa UiTM terus berada pada landasan yang tepat dalam memperkasakan agenda kecemerlangan pendidikan tinggi negara. Kejayaan ini merupakan manifestasi iltizam seluruh Warga UiTM untuk terus mencipta impak, memacu inovasi dan mengangkat nama universiti sebagai institusi yang unggul, relevan serta disegani di peringkat dunia.