Carian Arkib

Terokai Memori Universiti UiTM

Masukkan kata kunci seperti nama tokoh, konvokesyen, kampus atau peristiwa, kemudian tapis hasil carian mengikut kategori, tahun atau lokasi.

Jumlah hasil carian 128 bahan ditemui
Hasil

128 rekod

1-20 daripada 128
Sejarah Artikel

Majlis Perasmian Institut Teknologi MARA Cawangan Melaka oleh YAB Datuk Seri Utama Dr. Mahathir bin Mohamad bersama Datin Seri Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohamad Ali

Tahun 1996 menjadi satu lagi detik penting dalam lembaran sejarah perkembangan pendidikan tinggi MARA apabila Institut Teknologi MARA (ITM) Cawangan Melaka dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Utama Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia, bersama Datin Seri Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohamad Ali. Peristiwa ini bukan sekadar sebuah majlis perasmian, tetapi menjadi simbol kepada usaha memperluas akses pendidikan dan memperkukuh pembangunan modal insan melalui pendidikan tinggi.

Negarawan · 1996 · ITM Cawangan Melaka · 26 hits
Acara / Majlis / Program Artikel

Mencorak Destini Mahasiswa: Amanat Naib Canselor Dan Perasmian Minggu Destini Siswa Sesi September 2026

Amanat Naib Canselor dan Majlis Perasmian Minggu Destini Siswa (MDS) Sesi September 2026 di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam pada 25 September 2026 telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin, Naib Canselor UiTM, sebagai wadah menyampaikan aspirasi universiti serta menyemarakkan semangat mahasiswa baharu dalam memulakan perjalanan sebagai warga UiTM. Mahasiswa baharu diseru agar menghargai peluang pendidikan, mengenang pengorbanan keluarga, memahami sejarah UiTM, menjaga nama baik universiti serta membina jati diri sebagai generasi berilmu, berintegriti dan berjiwa kepimpinan. Sebagai pewaris legasi tujuh dekad UiTM, mahasiswa baharu diharapkan dapat memanfaatkan permusafiran ilmu untuk mencipta kejayaan dan memberikan sumbangan bermakna kepada agama, bangsa dan tanah air.

25 Sep 2026 · Dewan Agung Tuanku Canselor (Datc) UiTM Shah Alam · 30 hits
Acara/Majlis/Program Artikel

Perasmian Smart Pantry Food Bank Siswa@UiTMCPP Melalui Program Inisiatif Food Bank (i-FB)

Penghargaan diberikan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) atas sumbangan, sokongan dan komitmen dalam menjayakan inisiatif ini. Program Ihsan Food Bank Smart Pantry yang berteraskan tiga elemen utama, iaitu Santuni Komuniti, Selamatkan Makanan dan Sayangi Alam, memberi tumpuan kepada penyediaan sumbangan barangan keperluan makanan dan minuman bagi membantu mahasiswa yang memerlukan. Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan KPDN terhadap kebajikan mahasiswa, khususnya dalam membantu meringankan beban kos sara hidup.

20 Sep 2026 · UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh · 4 hits
Acara / Majlis / Program Artikel

Majlis Perasmian Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2026

Majlis Perasmian Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2026 telah berlangsung pada 29 Ogos 2026 di UM Arena, Universiti Malaya, disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi, dengan menghimpunkan atlet, pegawai kontinjen, sukarelawan serta warga institusi pendidikan tinggi dari seluruh negara. Penyertaan UiTM sebagai antara kontinjen terbesar adalah bagi mempertahankan kejuaraan, di samping memberi peluang kepada atlet mahasiswa menguji kemampuan, menimba pengalaman dan memperkukuh jaringan persahabatan melalui semangat kesukanan. Temasya SUKIPT 2026 berlangsung dari 28 Ogos hingga 6 September 2026 dengan UiTM menyasarkan pencapaian terbaik serta mempertahankan kedudukan sebagai kontinjen terbaik.

29 Aug 2026 · UM Arena, Universiti Malaya · 96 hits
Acara / Majlis / Program Artikel

Majlis Perasmian SUKUM Ke-46 2026

Kontinjen Universiti Teknologi MARA (UiTM) menyertai Kejohanan Sukan Antara Staf Universiti Malaysia (SUKUM) Ke-46 2026 yang berlangsung di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu pada 8 Ogos 2026, dengan misi merebut 128 pingat emas yang dipertandingkan. Majlis perasmian kejohanan telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, sebagai medan memperkukuh kecergasan, semangat kesukanan, ukhuwah dan kebersamaan warga staf institusi pendidikan tinggi negara. Penyertaan UiTM turut diserikan dengan sesi menyantuni kontinjen serta alumni UiTM bagi menyampaikan kata-kata semangat dan mendoakan kejayaan para atlet.

8 Aug 2026 · Stadium Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) · 153 hits
Bangunan / Arca / Monumen / Landskap Galeri

Perasmian Dewan Konsert Seri Budiman

Naik taraf Dewan Konsert Seri Budiman pada tahun 2023. Malam yang penuh warna dan irama menyaksikan kelahiran semula sebuah lambang kebanggaan Universiti Teknologi MARA (UiTM) — Dewan Seri Budiman (DSB) yang kini berwajah baharu sebagai Dewan Kons...

2023 · 2,470 hits
Acara / Majlis / Program Galeri

Perasmian Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang

Sekitar Majlis Perasmian UiTM Cawangan Pulau Pinang Majlis Perasmian UiTM Cawangan Pulau Pinang telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi pada 7 Mac 2004 bersamaan 15 Muharam 1425H bertempat di UiTM Cawanga...

2004 · 454 hits
Acara / Majlis / Program Galeri

Perasmian Pusat Islam Oleh YB Menteri Pendidikan

Pusat Islam ITM Shah Alam telah dirasmikan dengan penuh rasa syukur dan kebanggaan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, YB Datuk Amar Dr. Sulaiman Haji Daud pada 11 Mac 1993. Majlis perasmian ini turut disaksikan oleh wakil-wakil dari semua cawangan ...

2000 · 468 hits
Acara / Majlis / Program Galeri

Perasmian Institut Teknologi MARA (ITM) Pahang

ITM Pahang dengan rasminya dinobatkan sebagai sebuah lagi kampus cawangan ITM pada 13 Ogos 1996. Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh YB. Menteri Pendidikan Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak. Majlis ini mencatatkan sejarah kerana...

1996 · 273 hits
Acara / Majlis / Program Galeri

Perasmian cawangan pertama Maybank di UiTM

{gallery}galeri/maybank{/gallery} Cawangan Maybank pertama di UiTM telah dirasmikan dalam satu Majlis Pelancaran Maybank@Campus oleh Malayan Banking Berhad (Maybank) dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM). Perasmian bersejarah ini juga ...

2025 · 506 hits
Acara / Majlis / Program Galeri

Majlis Perasmian Pameran Seni Visual Tanah Abang ke Bukit Chandan

Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa berkenan menyempurnakan perasmian Pameran Seni Visual 'Tanah Abang ke Bukit Chandan' di Galeri Al-Biruni, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar bersama Pengerusi Jawatank...

2025 · 238 hits
Acara / Majlis / Program Galeri

Majlis Perasmian Galeri Tun Abdul Razak (GTAR)

Pada 10 November 2006, telah diadakan Majlis Perasmian Galeri Tun Abdul Razak (GTAR) yang bertempat di Dataran Menara Sultan Abdul Aziz Shah, UiTM. Perasmian GTAR ini telah disempurnakan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Timbalan Pe...

2006 · 408 hits
Acara / Majlis / Program Galeri

Majlis Perasmian Cashless Campus@UiTM

Pada 22 Januari 2018, berlangsung Majlis Perasmian Cashless Campus@UiTM bertempat di UiTM Selangor, Kampus Sungai Buloh. Majlis bersejarah ini telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Sri Idris Jusoh dan dihadiri barisan Pengur...

2018 · 168 hits
Acara / Majlis / Program Galeri

Majlis Perasmian Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin

Pada 18 November 2006 bertempat di tapak perasmian berhadapan air terjun, SPB Tuanku Canselor telah merasmikan Bangunan Canseleri UiTM dan bagi mengenang jasa baik Baginda, Bangunan Canseleri ini dinamakan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin. Den...

2006 · 416 hits
Acara / Majlis / Program Galeri

Majlis Perasmian Bilik Aktiviti Jaringan dan Alumni UiTM Cawangan Sabah

Ketibaan YBhg. Datuk Haji Abdul Wahab bin Aziz, Pro-Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Tanggal 8 Oktober 2025 menjadi satu lagi detik bermakna buat UiTM Cawangan Sabah apabila berlangsungnya Majlis Perasmian Bilik Aktiviti Jaringan dan A...

Alumni · 2025 · 315 hits