Carian Arkib

Terokai Memori Universiti UiTM

Masukkan kata kunci seperti nama tokoh, konvokesyen, kampus atau peristiwa, kemudian tapis hasil carian mengikut kategori, tahun atau lokasi.

Jumlah hasil carian 34 bahan ditemui
Hasil

34 rekod

1-20 daripada 34
Acara / Majlis / Program Artikel

Peneraju terawal Kajian Undang-Undang dan Pentadbiran ITM

Sesi Bual Bicara Alumni bersama Tuan Haji Mohamad Bokhari Sharif (Alumni ITM) sempena Hari Arkib Antarabangsa mengetengahkan pengalaman beliau dalam perkembangan bidang Pentadbiran dan Undang-Undang serta penubuhan Diploma Undang-Undang di ITM. Sesi ini turut menekankan peranan alumni dalam menyumbang kembali kepada institusi dan kepentingan memelihara khazanah sejarah universiti, termasuk penyerahan bahan bersejarah beliau kepada Arkib Universiti untuk rujukan generasi akan datang.

Alumni · 10 Jun 2026 · Bilik Seminar, Bahagian Arkib Universiti, UiTM Shah Alam · 52 hits
Acara / Majlis / Program Artikel

Sirih pulang ke gagang : KSU KPT kembali ke Alma Mater

Universiti Teknologi MARA (UiTM) menerima kunjungan rasmi pertama Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Dr. Anesee Ibrahim, ke alma mater beliau pada 15 Mei 2025 di UiTM Puncak Alam. Dalam lawatan tersebut, beliau menerima semula borang asal permohonannya ke Institut Teknologi MARA (ITM) sebagai simbol penghargaan terhadap perjalanan beliau daripada seorang pelajar kepada peneraju tertinggi pentadbiran pendidikan tinggi negara. Lawatan itu turut diraikan bersempena ulang tahun kelahirannya, sekali gus menjadi detik bermakna yang mencerminkan kejayaan peribadi serta kebanggaan UiTM terhadap pencapaian alumninya.

Alumni · 15 May 2025 · UiTM Puncak Alam · 949 hits
Sejarah Galeri

Memori dulu - dulu : Pendaftaran Pelajar ITM

Koleksi foto Bahagian Arkib Universiti mengimbau kembali kenangan suatu ketika dahulu di ITM Shah Alam, Sabah dan Perlis. Hari ini menandakan permulaan rasmi perjalanan mahasiswa di menara gading. Kelihatan komputer IBM era 80-an, lengkap dengan m...

Penerbitan · 1981 · 786 hits
Acara / Majlis / Program Artikel

Koleksi Cenderamata ITM — Simbol Memori 40 Tahun Gemilang

Sempena ulang tahun ke-40 ITM, pelbagai cenderamata istimewa diterbitkan sebagai penghargaan terhadap sejarah, kecemerlangan dan legasi institusi. Koleksi ini bukan sahaja menjadi memorabilia, malah melambangkan nostalgia, semangat warga ITM serta perkembangan institusi sebelum berkembang menjadi Universiti Teknologi MARA (UiTM), sekali gus menjadi khazanah bersejarah yang bernilai.

Ulang Tahun UiTM · Tanpa tarikh · ITM Shah Alam · 239 hits
Bangunan / Arca / Monumen / Landskap Galeri

Perasmian Dewan Konsert Seri Budiman

Naik taraf Dewan Konsert Seri Budiman pada tahun 2023. Malam yang penuh warna dan irama menyaksikan kelahiran semula sebuah lambang kebanggaan Universiti Teknologi MARA (UiTM) — Dewan Seri Budiman (DSB) yang kini berwajah baharu sebagai Dewan Kons...

2023 · 2,452 hits
Acara / Majlis / Program Galeri

Majlis Konvokesyen ITM 1985

Mengimbau kembali nostalgia sekitar Majlis Konvokesyen yang telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Dewan Sri Budiman pada 11 hingga 12 Oktober 1985. Majlis bersejarah ini menjadi antara detik paling bermakna dalam perjalanan pendidikan ...

Konvokesyen ITM - UiTM · 1985 · 454 hits
Acara / Majlis / Program Galeri

Gema Nasyid di Bumi Arau: Malam Amal KPA ITM Perlis Bersama Rabbani

Dewan Seri Semarak, Institusi Teknologi MARA (ITM) Cawangan Perlis bergema dengan alunan zikir dan dakwah apabila Kelab Pencinta Alam (KPA) berjaya menganjurkan Malam Amal Bersama Rabbani. Program yang menggabungkan elemen kesenian Islam dan kes...

1997 · 259 hits
Sejarah Galeri

Memori Minggu Pelajar Baru di ITM - UiTM

Minggu Wawasan Siswa tahun 1996 Bagi setiap warga ITM, minggu orientasi sentiasa meninggalkan kisah yang sukar dilupakan. Dahulu ia dikenali sebagai Minggu Silaturahim (MSR), yang mempertemukan sahabat baharu dalam suasana penuh kekeluargaan. Kemu...

Koleksi · 1996 · 2,531 hits
Sejarah Cerita Bergambar

Memori Tun Dr. Ismail Dato’ Abdul Rahman

Tun Dr. Ismail Abdul Rahman merupakan tokoh negara yang pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan memainkan peranan penting dalam pelbagai portfolio kerajaan, serta pernah melawat ITM Shah Alam pada 1973 bagi menyokong pembangunan institusi tersebut. Bagi menghargai jasa beliau, nama Tun Dr. Ismail telah diabadikan pada Perpustakaan UiTM Cawangan Johor pada tahun 2005 sebagai simbol penghormatan terhadap sumbangannya kepada negara.

Negarawan · Tanpa tarikh · 2,746 hits
Sejarah Cerita Bergambar

Memori Tun Abdullah Ahmad Badawi di UiTM

Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri kelima telah menyumbang besar kepada pembangunan UiTM, termasuk merasmikan kampus Pulau Pinang pada 7 Mac 2004 serta menegaskan peranan universiti dalam memperkasa modal insan Bumiputera. Legasi kepimpinan beliau terus dikenang melalui koleksi arkib UiTM yang merakam jasa dan hubungan eratnya dengan dunia pendidikan tinggi.

Negarawan · Tanpa tarikh · 851 hits
Sejarah Artikel

Memori Tun Arshad Ayub di ITM dan UiTM

Mengenang kembali perjuangan Tun Arshad Ayub, tokoh penting dalam sejarah pendidikan tinggi di Malaysia, khususnya dalam pembangunan Institut Teknologi MARA (ITM). Legasi cendekiawan dan tokoh pendidikan negara ini akan kekal segar dalam setiap jiwa warga UiTM.

Negarawan · Tanpa tarikh · 1,056 hits
Sejarah Artikel

Memori Tan Sri Profesor Emeritus Dr. Awang Had Salleh

Ucapan perpisahan Awang Had Salleh menekankan kepentingan kerjasama, kesedaran diri dan usaha berterusan sebagai asas kejayaan institusi, di samping menghargai sokongan warga ITM dan keluarga sepanjang tempoh perkhidmatannya. Beliau turut menyeru agar semangat perjuangan dan komitmen terhadap pembangunan institusi terus dipelihara walaupun berlaku pertukaran kepimpinan.

Negarawan · Tanpa tarikh · 1,333 hits
Anugerah Artikel

Mahasiswa UiTM hadiahkan Pingat Emas Acara Angkat Berat 60kg Temasya Sukan Komanwel Glasgow 2026

Sejarah kecemerlangan sukan Universiti Teknologi MARA (UiTM) terus diperkaya dengan kejayaan Mohamad Aniq bin Kasdan, atlet angkat berat negara yang juga merupakan pelajar Sarjana Muda Sains Sukan (SR241), Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM. Beliau mencipta pencapaian membanggakan apabila meraih pingat emas dalam acara angkat berat kategori 60kg pada Temasya Sukan Komanwel Glasgow 2026 pada 26 Julai 2026, sekali gus menghadiahkan pingat emas pertama buat kontinjen Malaysia dalam temasya berprestij tersebut.

Sukan · 26 Jul 2026 · Glasgow, Scotland · 106 hits