In conjunction with the International Archives Day celebration from 9 to 11 June, an Alumni Talk session was held on the second day of the programme to highlight alumni experiences and contributions to the development and history of the institution. The session featured Tuan Haji Mohamad Bokhari Sharif, an ITM alumnus who served as a senior lecturer and Head of Legal and Administrative Studies at ITM. The programme was broadcast live via YouTube and Facebook, and also included in-person guests.
The session was further enriched by the donation of several important artefacts by Tuan Haji Mohamad Bokhari Sharif, consisting of materials from his time as an ITM student and lecturer, to be held in the University Archives Division’s collection. The donation reflects the importance of preserving records and historical treasures as reference sources to document the institution’s development and to ensure that the experiences and heritage of earlier generations remain available to future generations.
Sempena sambutan Hari Arkib Antarabangsa pada 9 hingga 11 Jun, satu sesi Bual Bicara Alumni telah diadakan pada hari kedua program bagi mengetengahkan perkongsian pengalaman serta sumbangan alumni dalam perkembangan pendidikan dan sejarah institusi. Sesi ini menampilkan Tuan Haji Mohamad Bokhari Sharif, alumni ITM yang pernah berkhidmat sebagai pensyarah kanan dan Ketua Kajian Undang-Undang dan Pentadbiran ITM. Program berlangsung secara langsung menerusi platform YouTube dan Facebook, selain turut disertai jemputan secara fizikal.
Sesi ini turut diserikan dengan penyerahan beberapa khazanah penting oleh Tuan Haji Mohamad Bokhari Sharif, yang terdiri daripada bahan berkaitan zaman beliau sebagai pelajar dan pensyarah ITM, untuk disimpan dalam koleksi bahan Bahagian Arkib Universiti. Penyerahan tersebut mencerminkan kepentingan pemeliharaan rekod dan khazanah sejarah sebagai sumber rujukan bagi mendokumentasikan perkembangan institusi serta memastikan pengalaman dan warisan generasi terdahulu terus dapat dimanfaatkan oleh generasi akan datang.