Bangunan/Arca/Monumen/Landskap
Artikel
Kolej Beringin merupakan sebuah kolej kediaman lima tingkat milik Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang terletak di Jalan Sepadu 6, Kuala Lumpur. Pada awalnya, kawasan ini menempatkan Kolej Masmerah dan Kolej Beringin, namun selepas Kolej Masmerah diambil alih oleh Fakulti Perubatan UiTM pada tahun 2003, Kolej Beringin terus berfungsi sebagai kediaman pelajar siswi. Kolej ini menyediakan pelbagai kemudahan seperti gimnasium, bilik komputer, bilik televisyen, ruang sembahyang, dapur dan kawasan riadah bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selesa. Berpandukan moto *"As One We Are United"*, kolej ini menekankan semangat perpaduan, kebajikan dan kecemerlangan akademik. Pada tahun 2003, kerja-kerja menaik taraf telah dilaksanakan melibatkan penambahbaikan kemudahan dan bangunan bagi meningkatkan keselesaan, keselamatan serta kualiti kehidupan pelajar.
2003 · UiTM Jalan Klang Lama · 321 hits