Karnival Sukan Mahasiswa Ke XII
Senarai rekod

Perasmian

Karnival Sukan Mahasiswa Ke XII

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah telah menjadi tuan rumah Karnival Sukan Mahasiswa (KARISMA) UiTM Ke XII bermula 8 Ogos 2003 sehingga 13 Ogos 2003.

AI Assisted

Ringkasan rekod ini dengan AI

Dapatkan ringkasan pendek dan fakta utama berdasarkan kandungan rekod arkib ini.

KARNIVAL SUKAN MAHASISWA KE XII

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah telah menjadi tuan rumah Karnival Sukan Mahasiswa (KARISMA) UiTM Ke XII bermula 8 Ogos 2003 sehingga 13 Ogos 2003.

KARISMA UiTM diadakan pada setiap tahun dengan hasrat untuk melahirkan graduan yang seimbang baik dalam akademik mahupun bukan akademik. Kecemerlangan bukan akademik akan menjadi nilai tambah seorang graduan. Nilai tambah ini secara tidak langsung akan membantu ketrampilan seorang graduan aoabila menjalani alam pekerjaan dan kehidupan kelak.

Majlis Perasmian KARISMA UiTM Ke XII telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu’tasimubillahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman pada 9 Ogos 2003. Majlis bersejarah ini turut dihadiri oleh tetamu-tetamu kenamaan seperti Yang Teramat Mulia Dato’Seri Tuanku Puteri Intan Safinaz binti KDYMM Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Yang Amat Berhormat (Dato’Seri Setia DiRaja) Menteri Besar Kedah Darul Aman. Sembah aluan Majlis Perasmian KARISMA UiTM Ke XII telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato’Seri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah, Naib Canselor UiTM.

Majlis Penutup KARISMA UiTM Ke XII telah diadakan pada 11 Ogos 2003 bermula pukul 8.00 malam sehingga 11.00 malam. Ucapan aluan telah disampaikan oleh Pengarah Kampus YBrs. Profesor Madya Dr. Zaliha Haji Hussin manakala ucapan penutup telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Hajjah Rosnah Abd Majid, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah.

UiTM Cawangan Kedah amat terharu dengan kepercayaan dan penghormatan yang telah diberikan untuk menganjurkan KARISMA UiTM Ke XII tambahan pula pada tempoh penganjuran KARISMA UiTM Ke XII, kampus ini baru berusia enam tahun pada Oktober 2003 dan ini merupakan julung kali UiTM Cawangan Kedah terpilih menjadi tuan rumah acara yang besar. Kepercayaan dan penghormatan ini menjadi satu memori yang amat bersejarah bagi seluruh warga UiTM Cawangan Kedah!