Pada 7 Jun 2026, satu detik bermakna telah tercipta apabila UiTM Cawangan Kedah dipilih sebagai lokasi penganjuran Sesi Temu Mesra YAB Perdana Menteri bersama Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Negeri Kedah.
Pemilihan UiTM Cawangan Kedah sebagai lokasi program berprestij ini mencerminkan keyakinan terhadap keupayaan, kemudahan serta prasarana kampus dalam menyokong pelaksanaan program rasmi di peringkat negeri dan kebangsaan. Pada masa yang sama, penganjuran ini turut membuka ruang kepada pengukuhan hubungan strategik serta kerjasama erat antara pihak universiti dengan agensi-agensi kerajaan.
Semoga kerjasama strategik yang terjalin ini terus diperkukuh dan diperkasakan melalui pelbagai inisiatif berimpak tinggi pada masa hadapan, khususnya dalam pembangunan modal insan, perkongsian kepakaran dan ilmu, pemerkasaan komuniti serta pelaksanaan program yang mampu menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan kemajuan negara.