Pendaftaran Pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang dalam Norma Baharu
Senarai rekod

Rekod Arkib

Pendaftaran Pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang dalam Norma Baharu

Sekitar proses kemasukan dan pendaftaran pelajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang pada 15 dan 16 Oktober 2021. Proses pendaftaran berjalan lancar dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, bermula dari pintu masuk utama, diikuti urusan daftar masuk ke kolej kediaman siswa (Delima) dan siswi (Kristal), sebelum berakhir di laluan keluar melalui pintu utama dan pintu kedua kampus.

AI Assisted

Ringkasan rekod ini dengan AI

Dapatkan ringkasan pendek dan fakta utama berdasarkan kandungan rekod arkib ini.

Sekitar proses kemasukan dan pendaftaran pelajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang pada 15 dan 16 Oktober 2021. Proses pendaftaran berjalan lancar dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, bermula dari pintu masuk utama, diikuti urusan daftar masuk ke kolej kediaman siswa (Delima) dan siswi (Kristal), sebelum berakhir di laluan keluar melalui pintu utama dan pintu kedua kampus.

Penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua petugas barisan hadapan UiTMCPP yang terlibat, termasuk Polis Bantuan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Unit Pengurusan Kolej Kediaman (SRK), Unit Kesihatan, Unit Infostruktur, Unit Infrastruktur dan Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA), serta wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) atas komitmen dan kerjasama yang diberikan bagi memastikan kelancaran proses pendaftaran.

Hampir 19 bulan negara menjalani kehidupan dalam suasana norma baharu susulan pandemik COVID-19, termasuk dalam sektor pendidikan tinggi yang melaksanakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara hibrid. Kerjasama semua pihak amat penting bagi memastikan urusan kemasukan pelajar dapat dilaksanakan dengan teratur, selamat dan lancar.