UiTM Cawangan Kedah telah terpilih sebagai rakan strategik bagi penganjuran Konvensyen Pembangunan dan Kesejahteraan Rakyat, anjuran Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).
Majlis perasmian penutupan konvensyen ini telah disempurnakan di Dewan Perdana, UiTM Cawangan Kedah oleh YAB Dato Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.
Majlis perasmian penutup turut diserikan dengan kehadiran Naib Canselor UiTM, YBrs. Prof Ts Dr Roziah Mohd Janor.
Konvensyen Pembangunan dan Kesejahteraan Rakyat ini melibatkan 50 kakitangan UiTM Cawangan Kedah sebagai ahli jawatankuasa dan jemputan, serta 70 pelajar UiTM Cawangan Kedah yang terlibat dalam acara perasmian dan sebagai jemputan.