Lawatan Kerja UiTM Cawangan Perak Ke Kedutaan Besar Malaysia Di Seoul, Korea Selatan
Senarai rekod

Rekod Arkib

Lawatan Kerja UiTM Cawangan Perak Ke Kedutaan Besar Malaysia Di Seoul, Korea Selatan

Delegasi UiTM Cawangan Perak mengadakan kunjungan hormat ke Kedutaan Besar Malaysia di Seoul bagi meneroka peluang kerjasama akademik, penyelidikan, mobiliti dan latihan industri antarabangsa dengan institusi pendidikan tinggi Korea Selatan.

AI Assisted

Ringkasan rekod ini dengan AI

Dapatkan ringkasan pendek dan fakta utama berdasarkan kandungan rekod arkib ini.

Pada 04 Jun 2026, Delegasi UiTM Cawangan Perak berkesempatan mengadakan kunjungan hormat dan sesi perbincangan bersama Dato’ Mohd Zamruni Khalid, Duta Besar Malaysia ke Republik Korea, serta Mohd Zul Faisal Mohamed Zin, Kaunselor (Hal Ehwal Pelajar MARA), di Kedutaan Besar Malaysia di Seoul.

Perbincangan tertumpu kepada usaha memperkukuhkan jaringan akademik dan penyelidikan antara UiTM Cawangan Perak dengan institusi pendidikan tinggi di Korea Selatan, khususnya dalam mengenal pasti universiti bertaraf Top 100 dunia yang masih belum diterokai untuk kerjasama strategik. Turut dibincangkan potensi kolaborasi dalam bidang, kecerdasan buatan (AI) dan robotik, mobiliti pelajar dan pensyarah, program profesor pelawat dan penyelidikan bersama dan penempatan latihan industri antarabangsa.

Pihak kedutaan turut berkongsi pandangan mengenai perkembangan ekosistem pendidikan tinggi Korea Selatan serta peluang yang boleh dimanfaatkan oleh UiTM dalam memperluaskan jaringan global dan meningkatkan keterlihatan antarabangsa universiti.