UiTM Cawangan Perak menerima Geran Penerbitan Perak Sejahtera 2030
Senarai rekod

Rekod Arkib

UiTM Cawangan Perak menerima Geran Penerbitan Perak Sejahtera 2030

UiTM Cawangan Perak terpilih sebagai salah satu penerima Geran Penerbitan Perak Sejahtera 2030 bagi memperkasa penyelidikan berimpak tinggi dan menyokong pembangunan Perak berteraskan ilmu, inovasi dan kesejahteraan.

AI Assisted

Ringkasan rekod ini dengan AI

Dapatkan ringkasan pendek dan fakta utama berdasarkan kandungan rekod arkib ini.

On 11 June 2026, Universiti Teknologi MARA Perak Branch was among five recipients of the Perak Sejahtera 2030 Publication Grant awarded by the Darul Ridzuan Institute (IDR), with a total grant allocation of RM87,000. Each selected research project received RM17,400 to support the implementation of research and the production of quality scholarly publications. The recipients were selected through the Perak Research Policy and Conference (PPRC) 2026, held on 7 May 2026, following the screening of 334 research proposals, 40 of which were selected for presentation. 

In addition to UiTM, the grant recipients included researchers from the University of Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), the International Islamic University Malaysia (UIAM) and Sultan Idris Education University (UPSI). The presentation of the Perak Sejahtera 2030 Publication Grant and the prizes for both competitions was officiated by the Menteri Besar of Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, as a token of appreciation for the contributions of researchers and creative practitioners in strengthening the state’s development based on knowledge, innovation and the well-being of the people.

The selected research covered strategic areas such as digital transformation, big data and artificial intelligence, an inclusive and competitive economy, environmental sustainability, climate resilience, food security, governance and the effectiveness of public service delivery. This initiative aims to strengthen a high-impact research culture, support evidence-based policymaking and realise the development aspirations of Perak Sejahtera 2030.
Pada 11 Jun 2026, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak merupakan antara lima penerima Geran Penerbitan Perak Sejahtera 2030 yang dianugerahkan oleh Institut Darul Ridzuan (IDR) dengan jumlah keseluruhan geran sebanyak RM87,000. Setiap penyelidikan yang terpilih menerima peruntukan sebanyak RM17,400 bagi menyokong pelaksanaan penyelidikan dan penerbitan ilmiah yang berkualiti. Pemilihan penerima geran dibuat menerusi Perak Research Policy and Conference (PPRC) 2026 yang berlangsung pada 7 Mei 2026, melibatkan saringan daripada 334 kertas cadangan penyelidikan, dengan 40 daripadanya terpilih untuk sesi pembentangan. 

Selain UiTM, penerima geran turut melibatkan penyelidik daripada Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Penyampaian Geran Penerbitan Perak Sejahtera 2030 serta hadiah bagi kedua-dua pertandingan tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan penyelidik dan penggiat kreatif dalam memperkukuh pembangunan negeri berteraskan ilmu, inovasi dan kesejahteraan rakyat.

Penyelidikan yang dipilih merangkumi bidang strategik seperti transformasi digital, data raya dan kecerdasan buatan, ekonomi inklusif dan berdaya saing, kelestarian alam sekitar, daya tahan iklim, sekuriti makanan, tadbir urus serta keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam. Inisiatif ini bertujuan memperkukuh budaya penyelidikan berimpak tinggi, menyokong pembangunan dasar berasaskan bukti dan merealisasikan aspirasi pembangunan Perak Sejahtera 2030.