23 April 2026 – Universiti Teknologi MARA (UiTM) continues to expand its international presence by signing a Letter of Intent for Collaboration with the Eastern Regional Organization for Planning & Human Settlements (EAROPH) in conjunction with the 30th EAROPH World Congress 2026. The historic ceremony took place during the EAROPH EXCO & Council Dinner at Casa del Rio Melaka, hosted by Datuk Wira Dr. M. Noor Azman bin Taib, Secretary-General of the Ministry of Housing and Local Government of Malaysia and President of EAROPH for the 2026–2028 term. His presence, together with EAROPH’s top leadership from Malaysia and abroad, was a highlighted the importance of the congress as a platform for strategic cooperation in human settlements planning and development.
The signing of this Letter of Intent marks UiTM’s commitment to expanding its global collaboration network, particularly in sustainable urban planning, community development and built environment management innovation. This strategic collaboration was further strengthened through the efforts of Yang Berbahagia TPr. Datin Mazrina Dato’ Abdul Khalid, Secretary-General of EAROPH, together with TPr Mohammad Fahmi Alias, COO of Urban Scale.
The UiTM delegation was led by Associate Professor Dr. Nur Hisham Ibrahim, Rector of UiTM Perak Branch, together with Gs Dr. Norhazlan Haron, Coordinator of the Urban and Regional Planning Programme (PPBW) at UiTM Perak Branch. The delegation’s presence reflected the institution’s commitment to strengthening academic and professional networks at the international level. The ceremony was also attended by EXCO and Council members of EAROPH from various countries, which comprises urban planning experts, policymakers and industry leaders. With this collaboration in place, UiTM is expected to play a more significant role in contributing to the global planning agenda, in line with EAROPH’s vision of sustainable, inclusive and competitive human settlements development at the international level.
23 April 2026 – Universiti Teknologi MARA (UiTM) terus mengorak langkah di persada antarabangsa apabila memeterai Letter of Intent for Collaboration bersama Eastern Regional Organization for Planning & Human Settlements (EAROPH) sempena Kongres Dunia EAROPH Kali Ke-30 Tahun 2026. Majlis bersejarah tersebut berlangsung ketika EAROPH EXCO & Council Dinner yang diadakan di Casa del Rio Melaka dan dihoskan oleh Datuk Wira Dr. M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia merangkap Presiden EAROPH bagi sesi 2026–2028. Kehadiran beliau bersama barisan kepimpinan tertinggi EAROPH dari dalam dan luar negara menyerlahkan kepentingan kongres ini sebagai platform kerjasama strategik dalam bidang perancangan dan pembangunan penempatan manusia.
Pemeteraian Letter of Intent ini menandakan komitmen UiTM dalam memperluaskan jaringan kolaborasi global, khususnya dalam bidang perancangan bandar lestari, pembangunan komuniti serta inovasi pengurusan persekitaran binaan. Kerjasama strategik ini turut diperkukuhkan melalui usaha Yang Berbahagia TPr. Datin Mazrina Dato’ Abdul Khalid selaku Setiausaha Agung EAROPH bersama TPr Mohammad Fahmi Alias, COO Urban Scale.
Delegasi UiTM diketuai oleh Prof. Madya Dr. Nur Hisham Ibrahim, Rektor UiTM Cawangan Perak bersama Gs Dr. Norhazlan Haron, Koordinator Program Perancangan Bandar dan Wilayah (PPBW) UiTM Cawangan Perak. Kehadiran delegasi ini mencerminkan komitmen institusi dalam memperkasa jaringan akademik dan profesional di peringkat antarabangsa. Majlis turut diserikan dengan kehadiran ahli-ahli EXCO dan Council EAROPH dari pelbagai negara yang terdiri daripada pakar perancangan bandar, pembuat dasar serta pemimpin industri. Dengan termeterainya kerjasama ini, UiTM dijangka memainkan peranan lebih signifikan dalam menyumbang kepada agenda perancangan global sejajar dengan visi EAROPH ke arah pembangunan penempatan manusia yang mampan, inklusif dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.