Program Kesedaran Alam Sekitar & Hari Air Sedunia Peringkat Negeri Perak 2026 Berjaya Dilaksanakan
Senarai rekod

Rekod Arkib

Program Kesedaran Alam Sekitar & Hari Air Sedunia Peringkat Negeri Perak 2026 Berjaya Dilaksanakan

Program kesedaran alam sekitar dan hari air sedunia 2026 di Pantai Teluk Senangin, Lumut, Perak merupakan anjuran kolaborasi JPS, UiTM Cawangan Perak dan rakan strategik lain. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran kelestarian alam sekitar serta pemeliharaan sumber air melalui aktiviti gotong-royong, penanaman pokok dan pameran inovasi.

AI Assisted

Ringkasan rekod ini dengan AI

Dapatkan ringkasan pendek dan fakta utama berdasarkan kandungan rekod arkib ini.

On Thursday, 11 June 2026, the 2026 Environmental Awareness Programme and the Perak State-Level World Water Day Programme were held at Teluk Senangin Beach, Lumut, Perak. The programme was organised through a collaboration between the Perak State Department of Irrigation and Drainage (JPS), UiTM Perak Branch, Manjung Municipal Council (MPM), the Environmental Sustainability Secretariat (SKAS), and the Friends of Nature Activists Association (KUASA).

The programme aimed to raise public awareness of the importance of water resource conservation and environmental sustainability, while strengthening collaborative networks among educational institutions, government agencies, non-governmental organisations (NGOs), and the local community. Activities included a beach clean-up, during which waste was separated into eight categories; mural drawing and painting; the planting of Ketapang trees; briefings on water resource management by JPS and environmental awareness by KUASA; and the introduction and exhibition of innovative rubbish bin products.

The programme was also attended by YB Encik Teh Kok Lim, Chairman of the Perak State Committee for Science, Environment and Green Technology; YBrs. Tuan Ir. Dr. Asnor Muizan bin Dato' Haji Ishak, Director of the Perak State Department of Irrigation and Drainage; and representatives of the management and officers from the participating agencies. UiTM Perak Branch's participation in the programme reflected the university's commitment to strengthening strategic partnerships with government agencies and the local community, while supporting environmental sustainability, public education, and community development initiatives in Perak.

Pada 11 Jun 2026 (Khamis), telah berlangsung Program Kesedaran Alam Sekitar Tahun 2026 dan Program Hari Air Sedunia Peringkat Negeri Perak di Pantai Teluk Senangin, Lumut, Perak. Program ini merupakan hasil kolaborasi antara Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perak, UiTM Cawangan Perak, Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Sekretariat Kelestarian Alam Sekitar (SKAS) dan Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA).

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pemeliharaan sumber air dan kelestarian alam sekitar, di samping memperkukuh jaringan kerjasama antara institusi pendidikan, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti setempat. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah gotong-royong pembersihan pantai dengan pengasingan sampah mengikut lapan kategori, aktiviti melukis dan mengecat mural, penanaman pokok Ketapang, taklimat Pengurusan Sumber Air oleh JPS dan Kesedaran Alam Sekitar oleh KUASA serta pengenalan produk inovasi tong sampah dan pameran.

Program turut dihadiri oleh YB Encik Teh Kok Lim, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak, YBrs. Tuan Ir. Dr. Asnor Muizan bin Dato' Haji Ishak, Pengarah JPS Negeri Perak, serta wakil pengurusan dan pegawai daripada agensi yang terlibat. Penglibatan UiTM Cawangan Perak dalam program ini merupakan sebahagian daripada usaha universiti memperkukuh jaringan strategik dengan agensi kerajaan dan komuniti, selain menyokong agenda kelestarian alam sekitar, pendidikan masyarakat dan pembangunan komuniti di Negeri Perak.