On 9 June 2026, a delegation from UiTM Perak Branch, led by Associate Professor Dr Nur Hisham Ibrahim, PMP, Rector of UiTM Perak Branch, and Professor Dr Muhamad Abdul Aziz Ab Gani, Deputy Rector of PJIM&A, undertook an academic visit to the Graduate School of Engineering and the Faculty of System Informatics at Kobe University, Japan, one of the country's leading research-oriented higher education institutions.
The visit began with a briefing on Kobe University, followed by knowledge-sharing sessions led by senior professors on future research directions, innovation, and technological development. The delegation also visited the Function-Oriented Robotics Laboratory, led by Professor Yasuyoshi Yokokoji. The visit provided insights into various research projects involving robotics, virtual reality (VR), human–robot interaction, and autonomous systems. The technologies and research outcomes showcased included quadruped robots, intelligent robotic arms, drone-based humanoid robots, and robotic systems designed to support operations in high-risk environments, including search-and-rescue missions, infrastructure inspections, and disaster response.
The visit continued at the Faculty of System Informatics, where research integrates artificial intelligence (AI), data science, robotics, smart systems, and digital technologies to address real-world challenges through a multidisciplinary approach. During the discussion session, both parties explored potential collaborations in artificial intelligence, robotics, smart systems, digital twins, human–robot interaction, and academic mobility. The session also provided a platform for exchanging knowledge, expertise, and experience on the latest technological advancements and research developments.
The academic visit provided valuable opportunities to explore joint research initiatives, facilitate knowledge and expertise exchange, and develop high-impact projects between UiTM Perak Branch and Kobe University. The initiative also formed part of UiTM Perak Branch's ongoing efforts to strengthen international academic and research networks and enhance UiTM's visibility in technology, innovation, and robotics research.
Pada 09 Jun 2026, Delegasi UiTM Cawangan Perak yang diketuai oleh Profesor Madya Dr Nur Hisham Ibrahim, PMP, Rektor UiTM Cawangan Perak dan Profesor Dr Muhamad Abdul Aziz Ab Gani, Timbalan Rektor PJIM&A telah berpeluang mengadakan lawatan akademik ke Graduate School of Engineering dan Faculty of System Informatics, Kobe University, Jepun, yang merupakan antara institusi pengajian tinggi berorientasikan penyelidikan terkemuka di negara tersebut.
Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat berkaitan universiti serta perkongsian ilmu oleh para profesor kanan mengenai hala tuju penyelidikan, inovasi dan pembangunan teknologi masa hadapan. Delegasi turut berkesempatan mengunjungi Function-Oriented Robotics Laboratory yang diketuai oleh Prof. Yasuyoshi Yokokoji. Sesi lawatan tersebut memberikan pendedahan kepada pelbagai projek penyelidikan dalam bidang robotik, realiti maya (VR), interaksi manusia-robot dan sistem autonomi. Antara teknologi dan hasil penyelidikan yang diketengahkan termasuk pembangunan robot berkaki empat, lengan robot pintar, robot humanoid berasaskan dron serta sistem robotik yang direka bagi menyokong operasi dalam persekitaran berisiko tinggi, termasuk misi mencari dan menyelamat, pemeriksaan infrastruktur serta tindak balas terhadap bencana.
Lawatan kemudiannya diteruskan ke Faculty of System Informatics yang mengintegrasikan bidang kecerdasan buatan (AI), sains data, robotik, sistem pintar dan teknologi digital bagi menangani pelbagai cabaran dunia sebenar menerusi pendekatan penyelidikan multidisiplin. Dalam sesi perbincangan, kedua-dua pihak turut meneroka potensi kerjasama dalam bidang Artificial Intelligence (AI), Robotics, Smart Systems, Digital Twin, Human-Robot Interaction serta mobiliti akademik. Perbincangan ini menjadi platform bagi bertukar pandangan, kepakaran dan pengalaman berkaitan perkembangan teknologi serta penyelidikan terkini.
Lawatan akademik ini telah membuka ruang kepada penerokaan peluang penyelidikan bersama, pertukaran kepakaran dan pembangunan projek berimpak tinggi antara UiTM Cawangan Perak dan Kobe University. Inisiatif tersebut turut menjadi sebahagian daripada usaha memperkukuh jaringan akademik dan penyelidikan antarabangsa serta memperluas keterlihatan UiTM dalam bidang teknologi, inovasi dan penyelidikan robotik.