Menyingkap kembali kenangan Perhimpunan Anak-Anak Yatim Semalaysia menerusi Majlis Ramah Mesra bersama Y.A.B. Dato’ Sri Anwar Ibrahim sempena Perhimpunan Anak-Anak Yatim Semalaysia yang berlangsung di Dewan Sri Budiman pada 29 November 1996, dengan mengangkat tema “Visi Berilmu Penentu Kecemerlangan”. Sebuah detik bersejarah yang mencerminkan nilai ilmu, kebajikan dan keprihatinan dalam membentuk masa depan generasi muda.
Turut hadir, isteri Y.A.B Dato' Sri Anwar, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, barisan Pengurusan Universiti dan warga ITM.