Universiti Teknologi MARA (UiTM) continues to demonstrate strong global competitiveness, achieving a world ranking of = 549 in the QS World University Rankings (WUR) 2027. UiTM maintains its position within the top 36% of 1,504 ranked universities worldwide, reflecting its sustained performance and continued standing among globally recognised higher education institutions. Nationally, UiTM retains its standing among Malaysia’s Top 10 universities for Academic Reputation, Employer Reputation, and International Research Network (IRN).
The university sustains excellence in International Research Network, its top-performing indicator for the fourth consecutive year. With a score of 79, UiTM recorded a significant leap in its global IRN ranking, climbing 53 places from 458th to 405th place. This advancement highlights UiTM’s expanding international research collaborations, stronger global partnerships, and enhanced international visibility.
The university also recorded positive momentum in Academic Reputation, improving by 14 places from 267 to 253, indicating growing recognition among global academic peers. In addition, UiTM’s sustainability performance continues to advance, with a score of 59.6, signifying persistent efforts to embed environmental, social, and governance (ESG) principles across its ecosystem.
The UiTM Vice-Chancellor, Professor Datuk Ts. Dr Shahrin bin Sahib described the achievement as a testament to UiTM’s resilience and steady progress amid an increasingly competitive global higher education landscape. He further reaffirmed the university’s commitment to producing holistic and professional Bumiputera graduates who are globally competitive and grounded in integrity and purpose.
Universiti Teknologi MARA (UiTM) terus membuktikan daya saingnya di peringkat global apabila mencapai kedudukan dunia =549 dalam QS World University Rankings (WUR) 2027. UiTM mengekalkan kedudukannya dalam kelompok 36% universiti terbaik dunia daripada 1,504 universiti yang disenaraikan, sekali gus mencerminkan prestasi yang konsisten serta pengiktirafan berterusan sebagai antara institusi pengajian tinggi yang berprestij di peringkat antarabangsa. Di peringkat kebangsaan, UiTM turut mengekalkan kedudukannya dalam kelompok 10 universiti terbaik Malaysia bagi petunjuk Reputasi Akademik (Academic Reputation), Reputasi Majikan (Employer Reputation) dan Rangkaian Penyelidikan Antarabangsa (International Research Network, IRN).
Universiti ini terus mengekalkan kecemerlangan dalam petunjuk Rangkaian Penyelidikan Antarabangsa (IRN), yang merupakan indikator terbaik UiTM untuk empat tahun berturut-turut. Dengan skor 79, UiTM mencatat lonjakan ketara dalam kedudukan global IRN apabila meningkat 53 anak tangga, daripada kedudukan 458 kepada 405 dunia. Pencapaian ini mencerminkan pengukuhan jaringan kerjasama penyelidikan antarabangsa, peluasan perkongsian strategik global serta peningkatan keterlihatan UiTM di persada antarabangsa.
UiTM turut menunjukkan perkembangan positif dalam petunjuk Reputasi Akademik, apabila meningkat 14 anak tangga, daripada kedudukan 267 kepada 253, sekali gus membuktikan peningkatan pengiktirafan terhadap kecemerlangan akademik universiti dalam kalangan komuniti akademik global. Selain itu, prestasi UiTM dalam aspek kelestarian juga terus menunjukkan peningkatan dengan memperoleh skor 59.6, mencerminkan komitmen berterusan universiti dalam mengintegrasikan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (Environmental, Social and Governance – ESG) ke seluruh ekosistem universiti.
Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Ts. Dr. Shahrin bin Sahib, menyifatkan pencapaian ini sebagai bukti ketahanan, keupayaan dan kemajuan berterusan UiTM dalam menghadapi landskap pendidikan tinggi global yang semakin kompetitif. Beliau turut menegaskan komitmen universiti untuk terus melahirkan graduan Bumiputera yang holistik, profesional, berdaya saing di peringkat global serta berteraskan integriti, nilai murni dan tujuan yang jelas dalam menyumbang kepada pembangunan negara dan masyarakat.