Akta 173 Universiti Teknologi MARA (Pindaan 2000)
Senarai rekod

Rekod Arkib

Akta 173 Universiti Teknologi MARA (Pindaan 2000)

Akta 173 (Akta Universiti Teknologi MARA) merujuk kepada undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen pada Jun 1976. Ia merupakan akta yang menubuhkan Institut Teknologi MARA (ITM) sebagai sebuah badan berkanun, yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA (UiTM. Akta ini meletakkan institusi tersebut di bawah peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, serta menggariskan struktur pentadbiran, fungsi, dan tata laku pengurusan UiTM secara rasmi.

AI Assisted

Ringkasan rekod ini dengan AI

Dapatkan ringkasan pendek dan fakta utama berdasarkan kandungan rekod arkib ini.

Rang Undang-Undang ITM (Pindaan) telah dibacakan di Dewan Rakyat pada 4 November 1999 dan telah diluluskan pada 25 Februari 2000 dengan kelulusan Akta ITM (Pindaan 2000). Akta tersebut kemudiannya diluluskan di Dewan Negara pada 8 Mei 2000. Dengan keputusan pindaan Akta 1976 tersebut, Akta 173 Institut Teknologi MARA diletakkan setaraf dengan universiti-universiti lain dalam negara ini. Satu ciri yang menarik dari Akta baru ini adalah Yang DiPertuan Agong dilantik secara automatik menjadi Canselor Universiti sekaligus memberikan status simbolik kepada Universiti Teknologi MARA. Canselor pertama yang dilantik adalah Yang DiPertuan Agong ke-11 iaitu Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Al Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj. Manakala, YBhg. Datuk Ir (Dr) Ahmad Zaidee Laidin ditukar lantik daripada Rektor ITM ke Naib Canselor UiTM yang pertama.