ITM Lahir Graduan Ke - Seratus Ribu
Senarai rekod

Rekod Arkib

ITM Lahir Graduan Ke - Seratus Ribu

Majlis Konvokesyen ITM Ke-44 pada Oktober 1996 mencatat sejarah apabila melahirkan graduan ITM yang ke-100,000 sejak penubuhannya pada tahun 1956. Graduan tersebut ialah Shamsul Bin Jaafar dari Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik), dan pengumuman itu dibuat semasa beliau menerima diploma pada 26 Oktober 1996. Konvokesyen ini turut menjadi titik perubahan penting apabila Pindaan Akta ITM 1996 membolehkan ITM menawarkan program Ijazah Sarjana Muda (Kepujian), sarjana dan Ph.D., selain memperkenalkan perubahan struktur pentadbiran institusi. Seramai 4,482 graduan menerima pelbagai kelayakan akademik, manakala Rien Bin Hashim dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik ITM 1996. Anugerah Kepimpinan Cemerlang (Guthrie) 1996 diterima oleh Noor Nashriq Dadameah Bin Noor Nikman Dadameah, sementara Fadzillawati Binti Abdul Latif menerima Anugerah Pelajar Wanita Cemerlang (AVON) 1996.

AI Assisted

Ringkasan rekod ini dengan AI

Dapatkan ringkasan pendek dan fakta utama berdasarkan kandungan rekod arkib ini.

Gambar ditampalGambar ditampal

Majlis Konvokesyen ITM Ke-44 Oktober 1996 mencatat kelahiran graduannya yang ke seratus ribu sejak penubuhan ITM pada 1956 dan angka ini telah disahkan

oleh Pejabat Pendaftar ITM. Saudara Shamsul Bin Jaafar graduan Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik) merupakan graduan ITM ke seratus ribu yang berlangsung pada sidang ke dua Majlis Konvokesyen ITM pada 26 Oktober 1996. Pencapaian ke angka ini telah diumumkan semasa saudara Shamsul menerima diplomanya. Pengumuman ini telah disambut dengan tepukan gemuruh oleh semua yang hadir di sidang tersebut. Jumlah keseluruhan graduan ITM kini mencapai kepada 103,373.

Majlis Konvokesyen ITM Ke-44 juga menyingkap kehadiran satu era-baru. Selaras dengan pindaan Akta ITM 1996 yang telah digazetkan pada 17 Oktober 1996 ITM kini dibenarkan menganugerahkan Ijazah Sarjana Muda Kepujian menggantikan diploma lanjutan dan diploma yang setaraf dengan ijazah. Tambahan pada itu ITM dibenarkan menjalankan kursus-kursus bertaraf sarjana dan Ph.D.

Selaras dengan Pindaan Akta ITM 1996, ITM yang dahulunya ditadbir oleh Majlis ITM kini ditadbir oleh Lembaga Pengarah ITM, Pengarah kini digelar Rektor manakala Pengetua Kampus Cawangan digelar Provos.

Seramai 4,482 graduan telah menerima ijazah sarjana, ijazah sarjana muda (kepujian) ijazah sarjana muda Diploma Lepasan Ijazah Sijil Profesional dan diploma bagi konvokesyen kali ke-44 Oktober 1996.

Tahun ini saudara Rien Bin Hashim graduan Diploma Perakaunan telah diumumkan sebagai Pelajar Terbaik ITM 1996 manakala saudara Noor Nashriq Dadameah Bin Noor Nikman Dadameah graduan Diploma Sains Aktuari memenangi anugerah Kepimpinan Cemerlang (Guthrie) 1996 dan saudari Fadzillawati Binti Abdul Latif graduan Sarjana Muda Sains Perpustakaan (Kepujian) telah memenangi anugerah Pelajar Wanita Cemerlang (AVON) 1996.

Rujukan:
ITM Lahir Graduan Ke- Seratus Ribu. (1996, Oktober/November 10). Berita ITM, p. 1.

"A significant chapter in the institution's history was marked by a graduation ceremony that celebrated both academic excellence and major institutional progress. The event commemorated an important milestone in the university's journey, recognizing a landmark achievement that reflected decades of dedication to education and student development. It also introduced a new era following important legislative changes that expanded the institution's academic authority, enabling it to offer higher-level qualifications and strengthen its role in the nation's higher education landscape. Thousands of graduates were honored for successfully completing their studies across various academic disciplines, representing years of hard work, perseverance, and commitment. Outstanding students were also recognized for their exceptional academic performance, leadership qualities, and overall contributions, highlighting the university's commitment to nurturing well-rounded graduates. Beyond celebrating individual accomplishments, the ceremony symbolized continuous institutional growth, educational transformation, and a vision for future excellence. It reflected the collective efforts of students, lecturers, administrators, families, and alumni who have contributed to the university's enduring legacy. This memorable occasion remains an important milestone that demonstrates the institution's ongoing mission to provide quality education, inspire innovation, and prepare graduates to make meaningful contributions to society and national development."