Universiti Pertama Catat Sejarah Dalam Malaysia Book of Records Dengan Penganugerahan Skrol yang ke Satu Juta Di Istiadat Konvokesyen Ke-97
Senarai rekod

Rekod Arkib

Universiti Pertama Catat Sejarah Dalam Malaysia Book of Records Dengan Penganugerahan Skrol yang ke Satu Juta Di Istiadat Konvokesyen Ke-97

Pada 20 Ogos 2023, Universiti Teknologi MARA (UiTM) mencipta sejarah apabila menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBR) sempena penganugerahan skrol ke sejuta pada Istiadat Konvokesyen Ke-97. Penerima skrol bersejarah tersebut ialah Nur Liyana Athirah Izani dari Fakulti Sains Gunaan. Menurut Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, jumlah keseluruhan skrol yang dikeluarkan UiTM sehingga tamat konvokesyen itu ialah 1,003,241, sekali gus membuktikan kejayaan UiTM melahirkan graduan profesional. Bagi meraikan detik bersejarah ini, pemegang skrol bernombor 999,999, 1,000,000, 1,000,001 dan 1,000,002 menerima hadiah istimewa, manakala semua graduan dalam sidang tersebut turut menerima baucar tajaan daripada para penaja.

Gambar ditampal

Gambar ditampal

SHAH ALAM, 20 OGOS 2023 – Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengukukuhkan lagi kedudukan sebagai institusi pendidikan terunggul apabila mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Records (MBR) dengan Penganugerahan Satu Juta Skrol di Istiadat Konvokesyen Ke-97.

Penganugerahan ini diperakui oleh Malaysia Book of Records apabila penerima skrol ke sejuta, saudari Nur Liyana Athirah Izani dari Fakulti Sains Gunaan menerima skrol dalam Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-97 yang berlangsung dari 5 Ogos hingga 15 September 2023.

Profesor Datuk Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor UiTM dalam ucapannya berkata “Pada konvokesyen kali ini, UiTM berbangga meraikan penganugerahan skrol yang ke sejuta pada Sidang ke-22. Ini menjadikan jumlah skrol yang dikeluarkan oleh UiTM sehingga berakhirnya istiadat konvokesyen kali ini adalah sebanyak 1,003,241 skrol. Suatu angka yang boleh dibanggakan kerana ia mencerminkan, bahawa UiTM telah menggerakkan misinya dengan tepat untuk menjuarai pembangunan bumiputera profesional menerusi kurikulum terkehadapan dan penyelidikan berimpak”.

Istimewanya di dalam sidang ini, bukan sahaja pemegang skrol ke sejuta mendapat hadiah istimewa, malah, kesemua graduan di dalam sidang ini turut menerima tajaan berupa baucar pembelian daripada para penaja. Hadiah istimewa akan diberikan kepada pemegang skrol ke:

● 1,000,000 (satu juta)
● 999,999 (sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu, sembilan ratus sembilan puluh sembilan)
● 1,000,001 (satu juta satu)
● 1,000,002 (satu juta dua)

UiTM berbangga dengan pencapaian kesemua graduannya dan turut gembira meraikan kejayaan keluarga besar UiTM.

"A remarkable milestone in the university's history was celebrated during a memorable graduation ceremony that recognized the achievements of generations of graduates. The occasion became even more meaningful with the presentation of a historic academic scroll, marking a significant accomplishment that reflects decades of dedication to higher education, academic excellence, and the development of future professionals. The event highlighted the institution's continuous commitment to producing graduates who contribute positively to society through knowledge, leadership, innovation, and service. To commemorate this special achievement, several graduates received exclusive recognition and commemorative gifts, while every graduate attending the same ceremony shared in the celebration through special appreciation from supporting sponsors. The event also served as a tribute to the collective efforts of students, academic staff, families, and university leaders whose contributions have shaped the institution's enduring legacy. Beyond celebrating academic success, the ceremony reflected the values of perseverance, determination, and lifelong learning that continue to inspire future generations. This historic occasion stands as a proud reminder of the university's journey, its impact on national development, and its unwavering mission to empower students with the knowledge, skills, and confidence needed to create meaningful change in their communities and beyond."