Bagi menyelaras dan mengendalikan pentadbiran ITM supaya sejajar dengan matlamatnya maka Majlis ITM telah ditubuhkan pada tahun 1976 menggantikan ‘Governing Council‘. Ianya terkandung di dalam Akta 173 – Akta Institut Teknologi MARA 1976. Seramai 13 orang dilantik untuk menganggotai Majlis ini dan pelantikan mereka adalah tertakluk kepada Akta 173 tersebut.
Sesebuah Majlis terdiri dari seorang pengerusi yang dilantik oleh Menteri, Pengarah ITM, Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau wakilnya, Ketua Pengarah Pendidikan atau wakilnya, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau wakilnya dan lima orang yang dilantik oleh Menteri di mana tidak lebih daripada dua orang hendaklah pegawai awam manakala Pendaftar ITM menjadi Setiausaha Majlis.
Majlis ini bertindak sebagai Badan Eksekutif Institut yang menjalankan segala aktiviti dan melakukan segala perkara yang perlu serta berfaedah dalam mengelola, megawal dan mentadbir Institut. Di antara tugas Majlis ITM adalah seperti menetapkan dasar Institut, melantik Pendaftar, Bendahari dan juga melihat perkembangan serta kemajuan pelajar sama ada di kampus induk ataupun kampus cawangan.
Di dalam Majlis ini terdapat beberapa Jawatankuasa Kecil Majlis iaitu Jawatankuasa Kewangan dan Pembangunan, Jawatankuasa Hal Ehwal Kakitangan, Jawatankuasa Hal Ehwal Akademik dan Jawatankuasa mengendalikan Pusat Penyelidikan, Perancangan dan Pembangunan. Kesemua jawatankuasa ini berfungsi untuk melaksanakan dan menjayakan tugas-tugas Majlis.
Bagi membantu dan memastikan tugas-tugas Majlis ini dapat berjalan dengan lancar dan berkesan, maka terdapat satu unit dikenali sebagai Urusetia Majlis. Unit ini terletak di bawah pentadbiran Pejabat Pendaftar dan terlibat di dalam mengendalikan segala hal ehwal serta keperluan ahli-ahli Majlis.
Rujukan:
- ITM Warisan Bangsa
"Established in 1976 under Act 173 (Institut Teknologi MARA Act 1976), the ITM Council replaced the former Governing Council to ensure the institute’s administration aligned with its objectives. Comprising 13 members—including a chairman appointed by the Minister, the ITM Director, key government representatives, and appointed members—the Council functioned as the executive body responsible for governing, managing, and administering the institute. Its key roles included setting institutional policies, appointing senior officers such as the Registrar and Bursar, and overseeing student development across all campuses. Supported by several subcommittees—covering finance and development, staff affairs, academic matters, and research planning—the Council’s functions were further facilitated by a Secretariat Unit under the Registrar’s Office, ensuring efficient coordination and implementation of its responsibilities."