Senarai rekod
Rekod Arkib
Istiadat Konvokesyen UiTM ke 73 Cawangan Perak, 2010 (Kali Pertama)
Pada 27 November 2010, UiTM Cawangan Perak mencipta sejarah sebagai kampus pertama menganjurkan Istiadat Konvokesyen di Kampus Seri Iskandar. Istiadat yang dipimpin oleh Naib Canselor UiTM ketika itu, Tan Sri Dato' Sri Profesor Ir. Dr. Sahol Hamid bin Abu Bakar, meraikan seramai 1,431 graduan daripada tujuh fakulti, iaitu Fakulti Pengurusan Perniagaan, Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur, Fakulti Perakaunan, Fakulti Pendidikan, Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, serta Fakulti Sains Komputer dan Matematik.