Rekod Arkib
Pharmacogenomics Centre (iPROMISE)
Penyelidikan Universiti Teknologi MARA menerusi Pharmacogenomics Centre (iPROMISE) terus memacu perkembangan perubatan diperibadikan di Malaysia melalui penyelidikan farmakogenomik berasaskan genomik. Kejayaan pemetaan genom etnik Melayu pada tahun 2013 menjadi asas kepada pembangunan rawatan yang lebih tepat, pantas dan berkesan menggunakan maklumat genetik individu, sekali gus meningkatkan keberkesanan rawatan serta mengurangkan risiko kesan sampingan. Dipelopori oleh Profesor Dato' Dr. Mohd. Zaki Salleh dan diteruskan oleh Professor Dr. Hajah Farida Zuraina Mohd Yusof bersama barisan pakar, iPROMISE yakin inovasi berasaskan genotaip bukan sahaja memberi manfaat kepada pesakit, malah berpotensi memperkukuh industri bioperubatan dan pertumbuhan ekonomi Malaysia.