Imej lakaran jubah Komemoratif sempena penghargaan kepada Allahyarham Tun Abd. Razak
Sebagai mengenang jasa penglibatan Allahyarham Tun Abd. Razak yang tidak ternilai terhadap ITM, Jubah Konvokesyen Komemoratif telah direka khas untuk Penganugerahan Kehormat Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang ke atas beliau di Majlis Konvokesyen Komemoratif Institut Teknologi MARA pada 23 Jun 1997. Pemilihan fabrik sutera bercampur rayon berwarna hijau tua berlandaskan kesinambungan warna yang terdapat pada logo ITM. Ia membawa pengertian kesuburan ilmu yang terus berkembang untuk Bumiputera.
Sulaman emas motif pucuk rebung yang diselang-selikan dengan gambaran roda yang terdapat pada logo ITM menggambarkan kedaulatan bangsa dan kekayaan ilmu yang terkandung di dalamnya yang harus direbut oleh anak bangsa. Motif pucuk rebung berbentuk tiga segi secara langsung membawa maksud kestabilan sistem pentadbiran dan keseimbangan pendidikan yang menuju ke puncak kejayaan. Gambaran roda atau 'industrial wheel' yang membawa maksud sistem pentadbiran dan pendidikan ITM yang mengamati pembangunan sosioekonomi bumiputera. Garis tebal yang disulam di sepanjang motif membawa maksud sistem kawalan pentadbiran yang kukuh dalam menjaga segala aktiviti dan tanggungjawab.
Y. Bhg. Dato' Ir. Dr. Haji Ahmad Zaidee Laidin. Rektor ITM memperkenalkan Graduan Kehormat ITM yang Pertama, Allahyarham Tun Hj. Abdul Razak bin Dato' Hussein kepada hadirin.
Y. Bhg. Tan Sri Datuk Wira Abdul Rahman Arshad, Pengerusi Lembaga Pengarah ITM menyampaikan Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang kepada Yang Amat Berbahagia Tun Hajah Rahah Tan Sri Hj. Mohd. Noah disaksikan Dato' Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak (Menteri Pendidikan Malaysia) dan Datin Sri Rosmah Mansor.
"This commemorative academic robe represents a meaningful tribute to an individual whose vision and dedication played a vital role in the development of the institution and the advancement of educational opportunities. Carefully designed with symbolic colours, premium materials, and intricate embroidery, the robe reflects values such as knowledge, leadership, unity, stability, and continuous progress. Every design element carries a deeper meaning, illustrating the institution's commitment to academic excellence, strong governance, and the empowerment of future generations through education. Created for a special honorary degree ceremony, it stands as a lasting reminder of gratitude and respect for contributions that helped shape the institution's growth and identity. Beyond its ceremonial purpose, the robe embodies the enduring relationship between heritage, culture, and higher education, preserving an important chapter in the institution's history. It continues to serve as a symbol of pride, inspiring students, alumni, staff, and visitors to appreciate the legacy of those whose leadership and vision laid the foundation for future success. Through its craftsmanship and symbolism, the robe remains an enduring representation of honour, achievement, and the institution's commitment to preserving its historical traditions."