Keris Sempana Alam Buana Diperkenalkan Kali Pertama pada Konvokesyen ITM ke-36
Senarai rekod

Rekod Arkib

Keris Sempana Alam Buana Diperkenalkan Kali Pertama pada Konvokesyen ITM ke-36

Keris Sempana Alam Buana mula dibawa masuk ke Dewan Seri Budiman sempena Majlis Konvokesyen ke-36 sebagai lambang kuasa, kecemerlangan dan kebesaran Institut Teknologi MARA (ITM). Keris ini diperbuat daripada besi waja yang diadun menggunakan besi dari setiap negeri yang mempunyai cawangan ITM, manakala hulunya diperbuat daripada perak berbentuk individu sedang bersolat sebagai simbol ketaatan kepada Tuhan. Sarungnya dihiasi ukiran bunga Melati, tumbuhan ribu-ribu serta logo ITM daripada emas tulen yang melambangkan keteguhan dan kesepaduan warga institusi. Nama Sempana Alam Buana pula membawa maksud pendidikan yang berteraskan ilmu, amal dan takwa, keluasan ilmu untuk dimanfaatkan kepada masyarakat sejagat, serta hubungan dengan Shah Alam sebagai kampus induk ITM. Bermula Istiadat Konvokesyen UiTM pada tahun 2000, keris ini telah digantikan dengan Cokmar atau Keris Agung, dan kini dipamerkan di Galeri Tun Abdul Razak, Jabatan Perpustakaan Universiti Teknologi MARA, Shah Alam sebagai sebahagian daripada warisan bersejarah universiti.

Keris Sempana Alam Buana telah dibawa masuk ke dalam Dewan Seri Budiman buat pertama kali sempena Majlis Konvokesyen ke-36 dengan penuh istiadat. Keris kebesaran yang melambangkan kuasa dan kecemerlangan ITM ini dibawa masuk oleh Bentara dengan penuh istiadat dan diiringi oleh tiupan nafiri dan gong dihadapan perarakan utama.

Gambar ditampal

Buku Konvokesyen ITM ke-36.

Gambar ditampal

Petikan berkenaan Keris Sempana Alam Buana dalam Buku Konvokesyen ITM ke-36.

Gambar ditampal

Keris Sempana Alam Buana dibawa masuk ke dalam buat kali pertama ketika Istiadat Konvokesyen ITM ke-36.

Gambar ditampal

Keris Sempana Alam Buana ketika kali pertama diperkenalkan pada Konvokesyen ITM ke-36.

Panjang keseluruhan Keris Sempana Alam Buana dengan hulunya ialah 96 cm. Bilahnya mempunyai panjang 81.5 cm dengan lebar 16 cm dan ketebalan 0.8 cm.

Keris ini diperbuat dari besi waja yang diadun daripada besi-besi yang diambil dari seluruh negeri yang mempunyai cawangan ITM. Pada mata keris ditulis perkataan INSTITUT TEKNOLOGI MARA dalam tulisan jawi. Hulu keris diperbuat daripada bahan perak yang diukir seperti orang sedang bersolat. Ia melambangkan masyarakat ITM sentiasa patuh kepada segala ajaran Penciptanya. Sarung keris juga diperbuat daripada bahan-bahan perak. Ia diukir dengan motif bunga Melati dan disulam dengan tumbuhan ribu-ribu yang melambangkan keteguhan dan kesepaduan kakitangan serta pelajar di dalam semua urusan institusi ini. Pada samping keris diletakkan logo ITM yang diperbuat daripada emas tulen.

Pemilihan nama keris tersebut adalah berdasarkan makna-makna berikut : 

SEMPANA

Perkataan Melayu lama bermakna bilah atau mata keris yang berlok tujuh atau kurang. Perkataan ini diambil kerana keris ITM mempunyai tiga lok yang melambangkan pendidikan ITM yang bersepadu di antara ilmu, amal dan takwa.

ALAM 

Perkataan ini dipilih adalah sebagai lambang pelajar dan graduan ITM yang berwibawa yang akan memanfaatkan ilmu yang diperolehi untuk faedah alam ini. Juga sebagai lambang bahawa ilmu yang diperolehi di Institut ini adalah seluas alam. Perkataan ALAM juga dipilih bersempena nama Shah Alam, tempat kampus induk ITM berdiri megah. 

BUANA

Perkataan ini terdapat dalam Sastera Melayu lama bermakna dunia, jagat dan bumi. Perkataan ini turut dipilih untuk menguatkan lagi unsur-unsur makna perkataan Alam. 

Keris Sempana Alam Buana telah ditukar kepada Cokmar / Keris Agung bermula Istiadat Konvokesyen UiTM Tahun 2000. Keris berusia 33 tahun ini dipamerkan di Galeri Tun Abdul Razak, Jabatan Perpustakaan, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam. 

Sumber :

  • Buku Konvokesyen ITM ke - 36 tahun 1992. Koleksi Bahagian Arkib Universiti, UiTM Shah Alam.
  • Buku Majlis Konvokesyen Komemoratif ITM 1997. Koleksi Bahagian Arkib Universiti, UiTM Shah Alam.
"This historic ceremonial artifact represents an important part of the university's traditions and reflects the values, identity, and aspirations that have shaped the institution over the years. Introduced as a symbol of authority and academic excellence during a convocation ceremony, it embodied the university's commitment to knowledge, integrity, and service. Every element of its design, from the materials used to the intricate carvings, carries deep cultural and symbolic meaning that reflects unity, faith, perseverance, and the pursuit of education. The artifact also highlights the strong connection between heritage and higher learning, reminding generations of graduates of the responsibilities that accompany academic achievement. Although it was later replaced by a new ceremonial emblem, its historical significance remains unchanged. Today, it is carefully preserved as part of the university's heritage collection, allowing visitors and future generations to appreciate an important chapter in the institution's history. Its legacy continues to inspire pride among alumni, students, staff, and the wider community while serving as a lasting reminder of the university's journey, traditions, and enduring commitment to excellence."