Catatan Naib Canselor UiTM Sempena Perasmian Peletakan Tanda Tahun 1956 - 2026
7 Dekad Evolusi UiTM, atas takdir dan kententuan Allah juga kami mengingatkan tahun-tahun keramat, bermula dari tahun:
𝟭𝟵𝟰𝟲, Penentangan Malayan Union, Melayu bersatu mengembali kuasa Raja-Raja Melayu, 10 tahun kemudian …
𝟭𝟵𝟱𝟲 Dewan Latehan Rida ditubuhkan, 10 tahun kemudian,
𝟭𝟵𝟲𝟲, Akta MARA diwartakan, hasil dari Kongres Eknonomi Bumiputra, Maktab MARA telah ditubuh pada 1965 dan dinamakan Institut Teknologi MARA pada tahun 1967, 10 tahun selepas Akta MARA, Akta Institut Teknologi MARA diwartakan pada tahun
𝟭𝟵𝟳𝟲 (Akta 173), juga tahun dukacita, pemergian PM Almarhum Tun Abdul Razak, antara individu utama berperanan kepada kewujudan ITM, 10 Tahun kemudian,
𝟭𝟵𝟴𝟲, Berlaku transformasi ITM, Datuk Mohd Mansor Salleh dilantik sebagai Pengarah ITM, memainkan peranan penting dalam memperkukuh pembangunan akademik dan fizikal ITM, 10 tahun kemudian, pada tahun
𝟭𝟵𝟵𝟲, Parlimen meluluskan Akta Institut Teknologi MARA (Pindaan) 1996 (Akta A964) yang menjadi asas kepada transformasi ITM menjadi sebuah universiti, memberikan ITM kuasa yang sama seperti universiti awam lain, diberi kuasa menawarkan program sehingga peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD), membuka jalan kepada pengisytiharan rasmi Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 26 Ogos 1999, 10 tahun kemudian,
𝟮𝟬𝟬𝟲, UiTM menyambut Jubliee Emas 50 tahun UiTM dengan memperkenalkan 21 Strategi Pengukuhan Universiti Abad Ke-21, yang memberi penekanan kepada:
* kecemerlangan akademik,
* penyelidikan dan inovasi,
* pembangunan modal insan,
* jaringan industri,
* serta tadbir urus universiti yang lebih berkesan.
Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin juga dirasmikan pada tahun 2006 bertempat di tapak Air Terjun oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.
𝟮𝟬𝟭𝟲, Majlis Kemuncak Sambutan 60 Tahun UiTM di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), Shah Alam disempurnakan oleh YAB PM, turut dihadiri tokoh-tokoh penting dalam sejarah UiTM termasuk Almarhum Tun Arshad Ayub serta bekas-bekas Naib Canselor UiTM. Perdana Menteri menegaskan bahawa UiTM merupakan antara institusi yang paling besar menyumbang kepada peningkatan taraf sosioekonomi orang Melayu dan Bumiputera. Penubuhan UiTM adalah hasil perjuangan MARA dan ilham Almarhum Tun Abdul Razak Hussein untuk memperluaskan akses pendidikan tinggi kepada Bumiputera. 10 tahun kemudian..
𝟮𝟬𝟮𝟲 Kini kita meraikan 7 Dekad evolusi UiTM. Diselit juga peristiwa perjuangan, keampunan dan nusrah Allah swt yang terkait dengan 10 Muharam 1448H.