Malam Kiambang Bertaut 1988
Senarai rekod

Rekod Arkib

Malam Kiambang Bertaut 1988

Malam Kiambang Bertaut yang berlangsung pada 20 Februari 1988 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) merupakan majlis istimewa yang menghimpunkan warga ITM, alumni dan tetamu kehormat dalam suasana penuh nostalgia dan silaturahim. Majlis ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang menekankan kepentingan pendidikan, perpaduan dan pembangunan negara. Dengan tema "kiambang bertaut", majlis ini melambangkan ikatan yang kekal utuh antara alumni dan alma mater walaupun dipisahkan oleh masa dan tanggungjawab. Selain mengimbau kenangan kehidupan di kampus, pertemuan ini turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan serta menggalakkan alumni bersama-sama menyumbang kepada kemajuan dan kecemerlangan ITM pada masa hadapan.

AI Assisted

Ringkasan rekod ini dengan AI

Dapatkan ringkasan pendek dan fakta utama berdasarkan kandungan rekod arkib ini.

Gambar ditampal
YAB Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, menyampaikan amanat mengenai kepentingan perpaduan, pendidikan dan peranan generasi terpelajar dalam pembangunan negara.
Malam Kiambang Bertaut berlangsung pada 20 Februari 1988 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) merupakan satu majlis penuh gilang-gemilang yang menghimpunkan warga institusi, alumni serta para jemputan kehormat dalam suasana penuh muhibah dan kebersamaan. Majlis berprestij ini telah dirasmikan oleh YAB Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, yang turut menyampaikan amanat mengenai kepentingan perpaduan, pendidikan dan peranan generasi terpelajar dalam pembangunan negara.
 
Antara pengisian utama majlis termasuk ucapan perasmian, penyampaian cenderamata kenang-kenangan serta sesi penghargaan kepada individu dan tokoh yang telah banyak menyumbang kepada kemajuan institusi. Suasana dewan yang dipenuhi tetamu dalam persalinan rasmi mencerminkan keanggunan serta martabat majlis, manakala jamuan makan malam yang diadakan menjadi medium mengeratkan hubungan antara pihak pengurusan, para akademik, alumni dan rakan strategik.“Malam Kiambang Bertaut” membawa simbolik hubungan yang tidak terputus—umpama kiambang yang walau terpisah, tetap akan bertaut kembali. Penganjuran majlis ini jelas memperlihatkan komitmen institusi dalam memupuk jaringan kukuh antara warga lama dan baharu, selaras dengan aspirasi nasional dalam memperkasa bumiputera berpendidikan tinggi dan berkualiti.
 

Tiga puluh tahun yang lalu, atau dua puluh tahun yang lalu, atau mungkin lima atau cuma dua tahun yang lalu, ramai antara kita bersama-sama seperjalanan, semeja makan, sekamar dan sekuliah. Pada waktu itu, saudara bercerita tentang masa depan, harapan dan cita-cita. Ada kalanya kita menangis bersama, sama ada kerana tidak mendapat keputusan ujian yang memuaskan, ditinggalkan oleh insan yang dipuja, atau memikirkan ayah, ibu dan kaum keluarga yang ditinggalkan di kampung.

Gambar ditampal

Tetamu yang hadir di Majlis Malam Kiambang Bertaut Kembali

Semuanya mungkin masih segar dalam ingatan. Semuanya seakan berulang kembali pada malam ini, Malam Kiambang Bertaut. Malam kita bersua semula — yang lama bertemu yang lama, yang baru mengenal yang lama — kerana saudara berasal daripada satu rumpun yang kemudiannya merimbun menjadi pohon untuk yang lain berteduh. Kata orang, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain. Masakan saudara lupa pada ITM, Institut Teknologi MARA yang telah melahirkan ribuan graduan dan membuktikan kemampuan membantu negara membangun.

Malam pertemuan ini tentu membawa saudara kembali ke bangunan empat belas tingkat itu, yang kadang-kadang terpaksa ‘dipanjat’ kerana lif rosak. Lereng bukit yang indah dengan pohon yang menghijau masih di situ, malah mungkin semakin subur. Banyak perubahan telah berlaku di ITM. Ingatkah saudara bagaimana kita beratur pagi, tengah hari dan malam untuk makan? Atau peristiwa diusik dengan siulan oleh para siswa di asrama putera? Mungkin juga tidak dapat kita lupakan saat gempar apabila masyarakat bergolak hingga pasukan FRU terpaksa dihantar untuk meredakan api yang meluap-luap dalam dada mahasiswa.

Ya, bagai burung yang sudah kuat sayapnya, setiap daripada saudara meninggalkan sarang di tingkat 14 itu dan terbang jauh — semakin hari semakin jauh daripada teman-teman lama. Hasrat hati ingin bertemu, namun tugas dan tanggungjawab sering menghalang. Namun begitu, biduk lalu kiambang bertaut. Walau apa pun yang terjadi, saudara bertemu semula.

Gambar ditampal

Gambar ditampal

Di Malam Kiambang Bertaut ini, pertemuan bukan sekadar untuk mengenang peristiwa manis, tetapi lebih daripada itu. Bersama-sama kita fikirkan cara dan usaha untuk membantu menjadikan ITM sebuah institusi yang akan terus dikagumi di Timur dan di Barat. Pertemuan begini bukanlah yang terakhir, malah banyak lagi yang pasti menyusul demi ITM dan demi teman-teman sehati dan sejiwa. 

Sumber : Buku cenderamata Malam Kiambang Bertaut 1988 

"Malam Kiambang Bertaut was a memorable reunion that celebrated the enduring bond between the institution and its alumni. The event brought together graduates from different generations, university leaders, distinguished guests, and members of the academic community in an evening filled with nostalgia, appreciation, and friendship. More than a formal dinner, it served as a meaningful occasion to reconnect with old friends, reflect on shared experiences, and honour the role of the institution in shaping successful careers and lifelong values. The gathering also recognised the importance of maintaining strong relationships between alumni and their alma mater to support future growth and development. Through speeches, commemorative presentations, and heartfelt reflections, the event inspired attendees to continue contributing to the institution's progress while preserving its proud traditions. It highlighted the lasting impact of education, unity, and shared memories, reminding graduates that their connection to the university remains strong regardless of time or distance. The occasion stands as a significant chapter in the institution's history, symbolising gratitude for the past, pride in its achievements, and a shared commitment to building a brighter future together."