Canselor UiTM Ketujuh : Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar
Senarai rekod

Rekod Arkib

Canselor UiTM Ketujuh : Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar

Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah menerima watikah pemasyhuran sebagai Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 13 November 2024, selaras dengan peruntukan Akta UiTM yang menetapkan Yang di-Pertuan Agong sebagai Canselor universiti. Istiadat ini turut diserikan dengan kehadiran barisan kepimpinan universiti serta penganugerahan ijazah kehormat kepada tokoh diraja dalam Konvokesyen UiTM ke-100.

AI Assisted

Ringkasan rekod ini dengan AI

Dapatkan ringkasan pendek dan fakta utama berdasarkan kandungan rekod arkib ini.

Gambar ditampal
Watikah pemasyhuran dipersembahkan kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim oleh Menteri Pendidikan Tinggi YB Dato’ Seri Dr. Zambry Abd Kadir pada 13 November 2024 bersamaan 11 Jamadilawal 1446H.
Gambar ditampal
Watikah pemasyhuran dipersembahkan kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim oleh Menteri Pendidikan Tinggi YB Dato’ Seri Dr. Zambry Abd Kadir pada 13 November 2024.

Watikah pemasyhuran ini tertakluk kepada Seksyen 19A (2) Akta Universiti Teknologi MARA 1976 (Akta 173) yang memperuntukkan bahawa Canselor ialah Yang di-Pertuan Agong. Berdasarkan kepada peruntukan Seksyen 19A (1) Akta berkenaan, Seri Paduka hendaklah mempengerusikan konvokesyen universiti itu. Turut hadir pada istiadat konvokesyen ialah Pro-Canselor UiTM DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin serta Naib Canselor UiTM YBhg. Prof Datuk Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin. Istiadat hari ini turut menyaksikan Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Seni Kreatif.

Gambar ditampal
DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bersama Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin serta barisan Pro Canselor, Lembaga Pengarah Universiti dan barisan Pengurusan Eksekutif Universiti sejurus Istiadat Konvokesyen UiTM ke 100 selesai.


Sumber:


"Watikah pemasyhuran as UiTM Chancellor was presented to His Majesty Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim by the Minister of Higher Education, YB Dato’ Seri Dr. Zambry Abd Kadir, on 13 November 2024. The appointment is in accordance with Section 19A(2) of the Universiti Teknologi MARA Act 1976 (Act 173), which stipulates that the Chancellor of UiTM shall be the Yang di-Pertuan Agong, and Section 19A(1), which states that His Majesty shall preside over the university’s convocation ceremonies. The proclamation ceremony was held in conjunction with UiTM’s 100th Convocation Ceremony, attended by dignitaries including the Pro-Chancellor, DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, UiTM Vice-Chancellor Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin, and other university leadership. The event also featured the conferral of an honorary Doctor of Creative Arts degree to Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, highlighting the university’s tradition of honouring royal patronage and contributions to the arts and education."