Canselor UiTM Keempat : Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah
Senarai rekod

Rekod Arkib

Canselor UiTM Keempat : Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah

Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah dilantik sebagai Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke-4 pada 12 Mei 2012 dan merupakan satu-satunya Yang di-Pertuan Agong yang memerintah Malaysia sebanyak dua kali. Baginda dikenang sebagai pemerintah berwibawa yang turut menyumbang kepada sejarah UiTM, termasuk lawatan ke ITM pada tahun 1973 sebagai simbol sokongan terhadap pembangunan institusi.

AI Assisted

Ringkasan rekod ini dengan AI

Dapatkan ringkasan pendek dan fakta utama berdasarkan kandungan rekod arkib ini.

Gambar ditampal
Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah diputerakan pada 28 November 1927 di Istana Anak Bukit, Alor Star, Kedah Darul Aman. Baginda telah menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Titi Gajah sebelum menyambung pelajaran di Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Star, Kedah Darul Aman. Baginda telah berangkat ke United Kingdom bagi menyambung pelajaran di Wadham College, Oxford London pada awal tahun 1952 dalam jurusan Sains Kemasyarakatan dan Pentadbiran Awam. Sewaktu di United Kingdom, Baginda dilantik sebagai Raja Muda Negeri Kedah pada 6 Ogos 1949.

Baginda telah dilantik menaiki takhta Kerajaan Negeri Kedah pada 14 Julai 1958 berikutan kemangkatan ayahanda Baginda Almarhum Sultan Badlishah. Baginda Tuanku telah ditabalkan dengan rasminya sebagai Sultan Kedah Darul Aman pada 20 Februari 1959. Pada 21 September 1965, Baginda telah dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang ke-4 oleh Majlis Raja-Raja manakala pada tahun 1970 telah dilantik menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-5 di antara tahun 1970-1975.

Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah dilantik sebagai Canselor UiTM yang ke-4 semasa Istiadat Pemasyhuran Canselor UiTM pada 12 Mei 2012. Sempena lawatan Baginda ke ITM pada 28 Ogos 1973, Baginda telah menanam pokok berhampiran Galeri Tuanku Nur Zahirah yang dahulunya adalah Pejabat Pengarah ITM.

Pada tanggal 13 Disember 2011, bersempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-227 (khas) Baginda  dengan rasminya telah memegang amanah memerintah negara buat kali kedua sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14 selepas Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.


Sumber:

"Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, born on 28 November 1927 in Alor Star, Kedah, received his early education locally before pursuing studies in Social Sciences and Public Administration at Wadham College, Oxford in the United Kingdom. He was appointed Raja Muda of Kedah in 1949 and ascended the throne as Sultan of Kedah in 1958, later serving as Malaysia’s 5th Yang di-Pertuan Agong (1970–1975) and again as the 14th Yang di-Pertuan Agong in 2011. He was proclaimed as UiTM’s fourth Chancellor on 12 May 2012, and his connection with the institution dates back to a 1973 visit to ITM, where he planted a commemorative tree near the former Director’s Office. His reign and leadership reflect a distinguished legacy of service to both the state and the nation."