Canselor UiTM Pertama : Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Al-Marhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah
Senarai rekod

Rekod Arkib

Canselor UiTM Pertama : Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Al-Marhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah

Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Al-Marhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah merupakan Sultan Selangor selama 41 tahun dan Yang di-Pertuan Agong ke-11 (1999–2001) yang dikenang sebagai pemerintah berjiwa rakyat serta prihatin terhadap pendidikan. Sumbangan dan ketokohan baginda terus dihargai, termasuk oleh Universiti Teknologi MARA, sebagai inspirasi kepada pembangunan negara dan generasi masa hadapan.

AI Assisted

Ringkasan rekod ini dengan AI

Dapatkan ringkasan pendek dan fakta utama berdasarkan kandungan rekod arkib ini.

Gambar ditampal
Mac 1926, jam 3.30 petang di Istana Kuala Langat, Selangor. Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj merupakan putera sulung dari tujuh anakanda kepada Almarhum Sultan Sir Hishamuddin Alam Shah Al Haj dan Almarhum Raja Hajah Jemaah binti Raja Ahmad. Asal keturunan baginda dapat dikesan dari Mengkasar, Pulau Sulawesi yang telah datang menetap dan memerintah Negeri Selangor sejak awal kurun ke- 17. Baginda merupakan Yang Di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-11 bermula 26 April 1999-21 November 2001 dan juga Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Baginda menjadi Sultan Selangor selama 41 tahun dari tahun 1960-2001.

Semasa berusia 8 tahun, baginda memasuki Sekolah Melayu Pangkalan Batu, Klang pada tahun 1934. Dua tahun kemudian, beliau melanjutkan pengajian di Maktab Melayu Kuala Kangsar bersama-sama kalangan elit Melayu pada ketika itu. Persekolahan baginda terganggu dengan tercetusnya Perang Dunia Kedua pada tahun 1941. Baginda terpaksa kembali dan bersemayam di Istana. Pada tahun 1947-1949 baginda menyambung pengajian di School of Oriental and African Studies, Universiti London untuk mempelajari bidang pentadbiran awam dan Bahasa Inggeris.

Baginda kembali ke tanahair pada tahun 1950 dan dilantik menjadi Pegawai Tadbir Pelatih di Ibu Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Oleh kerana minat dan keperihatinan baginda terhadap mutu pendidikan dan pelajaran negeri, baginda memutuskan untuk berpindah pula ke Jabatan Pelajaran Negeri sebagai Nazir sekolah-sekolah. Baginda telah menghembuskan nafas terakhir pada 21 November 2001 di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Kuala Lumpur. Kemangkatan Almarhum sememangnya amat dirasai oleh segenap lapisan masyarakat. Universiti Teknologi MARA sangat mengagumi ketokohan Almarhum. Semoga roh dan jasad Almarhum akan sejahtera dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Alfatihah.


Sumber:

2. Bahagian Governan dan Sekretariat Universiti, Pejabat Pendaftar

3. Koleksi Penganugerahan Ijazah Kehormat UiTM 2012

"Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, born in March 1926 at Istana Kuala Langat, Selangor, was the eldest son of Sultan Sir Hishamuddin Alam Shah Al-Haj and Raja Hajah Jemaah, with royal lineage tracing back to Sulawesi. He served as the 11th Yang di-Pertuan Agong of Malaysia from 1999 to 2001 and reigned as Sultan of Selangor for 41 years (1960–2001). Educated at Sekolah Melayu Pangkalan Batu, Maktab Melayu Kuala Kangsar, and later at the School of Oriental and African Studies, University of London, he developed a strong interest in public administration and education. Upon returning to Malaysia, he served in the Selangor state administration and later in the education sector as a school inspector. His passing on 21 November 2001 was deeply mourned, and he is remembered for his dedication to public service, education, and national leadership, leaving a lasting legacy admired by UiTM and the nation."