Canselor
Senarai rekod

Rekod Arkib

Canselor

Repositori Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang dibangunkan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) merupakan arkib digital rasmi yang menghimpunkan amanat, dokumentasi dan pencapaian barisan Canselor bagi memastikan legasi kepimpinan terus terpelihara. Platform ini menyediakan akses terbuka kepada warga universiti dan masyarakat sebagai sumber rujukan, inspirasi serta penghayatan sejarah dan kepimpinan UiTM.

AI Assisted

Ringkasan rekod ini dengan AI

Dapatkan ringkasan pendek dan fakta utama berdasarkan kandungan rekod arkib ini.

Gambar ditampal
Repositori Canselor UiTM merupakan platform menghimpunkan dokumentasi digital rasmi, amanat, serta pencapaian barisan Canselor sepanjang sejarah Universiti Teknologi MARA (UiTM). Platform ini dibangunkan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak berfungsi sebagai arkib digital yang memastikan legasi kepemimpinan terus hidup dan dapat dirujuk oleh generasi akan datang.

Repositori ini diwujudkan dengan visi untuk menyediakan akses terbuka kepada maklumat rasmi Canselor UiTM sebagai instrumen penghayatan institusi dan pendidikan warisan. Misinya ialah untuk mendokumentasikan setiap amanat dan ucapan rasmi Canselor, menyimpan rekod pencapaian serta inisiatif yang pernah diilhamkan, dan memudahkan carian serta rujukan oleh warga universiti dan masyarakat umum.

Ia juga menzahirkan komitmen UiTM terhadap prinsip akses terbuka dan ketelusan dalam pengurusan maklumat universiti. Lebih daripada itu, repositori ini menjadi sumber inspirasi kepada warga UiTM dan masyarakat melalui kisah visi, amanat, serta sumbangan para Canselor yang telah membentuk haluan universiti ini. Platform ini juga berfungsi mengekalkan kesinambungan sejarah kepemimpinan UiTM kekal terpelihara.

Layari Repositori Canselor UiTM untuk maklumat lanjut berkenaan barisan Canselor UiTM.