Perasmian Konvensyen Perdana sempena 40 tahun Penubuhan ITM
Senarai rekod

Rekod Arkib

Perasmian Konvensyen Perdana sempena 40 tahun Penubuhan ITM

Sempena sambutan 40 tahun penubuhan ITM, Konvensyen Perdana telah diadakan pada 6 hingga 7 Disember 1996 di Dewan Sri Budiman, ITM Shah Alam sebagai acara kemuncak sambutan. Konvensyen yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, YB Dato' Khalid Yunus, menampilkan pembentangan mengenai perkembangan pendidikan tinggi dan hala tuju ITM ke arah Wawasan 2020, di samping forum yang menghimpunkan bekas pengarah serta alumni bagi membincangkan sejarah, masa depan dan peranan alumni dalam pembangunan ITM.

AI Assisted

Ringkasan rekod ini dengan AI

Dapatkan ringkasan pendek dan fakta utama berdasarkan kandungan rekod arkib ini.

Gambar ditampal

Sempena dengan sambutan 40 tahun penubuhan ITM, satu Konvensyen Perdana telah diadakan pada 6 dan 7 Disember 1996 bertempat di Dewan Sri Budiman ITM Shah Alam. Upacara perasmian dilakukan dengan penuh warna warni dan gilang gemilang oleh Timbalan Menteri Pendidikan YB Dato’ Khalid Yunus mewakili YB Menteri Pendidikan Dato’ Seri Najib Tun Razak. Konvensyen ini adalah merupakan acara kemuncak sambutan 40 tahun penubuhan ITM. Dua kertas kerja telah disampaikan oleh Dr. Mohd Yahya Nordin bertajuk ‘Perkembangan dan Halatuju Pendidikan Tinggi di Malaysia’ dan juga oleh Rektor ITM, Y.Bhg. Dato’ Ir. Dr. Haji Ahmad Zaidee Laidin yang bertajuk ‘Arah Tuju ITM di Dalam Mencapai Wawasan 2020’.

Selain dari kertaskerja, dua buah panel yang terdiri daripada bekas-bekas pengarah ITM dan juga Alumni ITM telah membincangkan forum bertajuk ‘ITM : Dahulu, Kini dan Akan Datang’ dan ‘Peranan Alumni di Dalam Pembangunan ITM’. Bekas-bekas pengarah adalah terdiri daripada YBhg. Tan Sri Arshad Ayub, Prof. Don Liggett, Y.Bhg. Dato’ Dr. Awang Had Salleh dan Y.Bhg. Dato’ Dr. Mohd Mansor Salleh dan dipengerusikan oleh Y.Bhg. Tan Sri Datuk Wira Abdul Rahman Arshad. Panel Alumni pula terdiri daripada YB Datuk Haji Ibrahim Ali, Y.Bhg. Dato’ Salleh Majid dan juga Y.Bhg. Prof Dr. Khalifah Othman. Forum ini dipengerusikan oleh Y.Bhg. Prof. Dr. Ibrahim Shah.

Rujukan:
Konvensyen Perdana : Sempena 40 tahun Penubuhan Institut Teknologi MARA, 1956-1996. (1996, April/May, Issue no.2). Berita Alumni, p. 1-7.

"This convention marked a significant milestone in celebrating four decades of growth, achievement, and institutional excellence. Bringing together distinguished leaders, academics, former administrators, alumni, and members of the university community, the event provided a platform to reflect on past accomplishments while discussing future aspirations. Through keynote presentations and engaging forum sessions, participants explored the development of higher education, the institution's long term vision, and the important role of alumni in supporting its continued progress. The gathering also strengthened connections between past and present generations by encouraging the exchange of experiences, ideas, and shared values. More than a commemorative event, the convention highlighted the institution's commitment to academic excellence, leadership, and national development while recognising the contributions of individuals who played an important role in shaping its history. The discussions and reflections presented during the event continue to serve as a valuable record of the institution's journey and its ongoing pursuit of excellence."