Juruukur wanita pertama di Malaysia dan Walk of Honor
Senarai rekod

Rekod Arkib

Juruukur wanita pertama di Malaysia dan Walk of Honor

Allahyarhamah Hajjah Normah Abdullah dikenali sebagai juruukur wanita pertama di Malaysia, sekali gus menjadi pelopor kepada penglibatan wanita dalam bidang ukur tanah dan geomatik yang ketika itu didominasi oleh lelaki. Beliau memulakan perkhidmatan sebagai Pensyarah di Kajian Kejuruteraan, ITM Shah Alam pada 3 Januari 1981 dan tamat perkhidmatan sebagai Pensyarah Kanan Bidang Sains Ukur dan Geomatik, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam pada 2009.

AI Assisted

Ringkasan rekod ini dengan AI

Dapatkan ringkasan pendek dan fakta utama berdasarkan kandungan rekod arkib ini.

Gambar ditampal
Satu penghormatan buat seorang wanita yang sungguh luar biasa, Allahyarhamah Puan Hajjah Normah. Komitmen mulia beliau yang telah berikrar sebagai penderma organ akhirnya ditunaikan dengan penuh amanah oleh anak-anak tercinta, selepas beliau diisytiharkan mengalami kematian otak. Pada 21 Jun 2026, hasrat murni ini terlaksana. Melalui anugerah kehidupan ini, organ dan tisu yang didermakan bakal menyelamatkan dan mengubah hidup sekurang-kurangnya 5 orang pesakit. Kes pemerolehan ini turut melakar sejarah baharu dalam kerjasama erat antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Kami amat berbesar hati dapat berganding bahu bersama Pasukan Pembedahan Hepatobiliari dari Universiti Malaya (UM) yang turun padang demi menjayakan usaha murni ini.

Gambar ditampal
 Kepada seluruh ahli keluarga penderma, jutaan terima kasih atas kurniaan yang tidak ternilai ini.
Semoga segala budi, jasa, dan pengorbanan arwah diangkat darjatnya di sisi pencipta. Beliau telah memberi sinar baharu ketika di jemput kembali ke rahmatullah.
Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan bersemadi dengan tenang di sana.
Al-Fatihah buat Puan Hajjah Normah (12.1.1954 - 20.6.2026)
 
Bagi menghargai komitmen tinggi semua yang menjayakan prosiding ini, sekalung penghargaan diucapkan kepada:
Pasukan Bedah Hepatobiliari (UM): Diketuai oleh Prof. Koh Peng Soon
Pasukan Bedah Urologi: Diketuai oleh Mr. Mohd Najib Aziz
Pasukan Bedah Plastik: Diketuai oleh Mr. Law Teck Ree
Pasukan Bedah Oftalmologi: Diketuai oleh Dr. Chandra
Pusat Sumber Transplan Nasional: Diwakili oleh Dr. Rabiatul
Unit Derma Organ dan Tisu Hospital Sungai Buloh: Diketuai oleh Dr. Natasha