Pada penghujung era 1970-an, kampus baharu Institiut Teknologi MARA (ITM) di Shah Alam mula berkembang sebagai sebuah pusat kecemerlangan pendidikan tinggi negara. Sebanyak 17 bangunan utama telah menjadi nadi kepada kehidupan akademik, pembangunan sahsiah dan aktiviti mahasiswa ketika itu.
Daripada Asrama 1, Asrama 2, Asrama 3 dan Asrama 4 yang menjadi rumah kedua warga kampus, sehinggalah kepada bangunan akademik seperti Kajian Pengurusan Hotel dan Penyediaan Makanan, Bengkel Kejuruteraan, Kajian Kejuruteraan, Kajian Senibina, Perancangan dan Ukur, Kajian Senilukis dan Senireka serta Kajian Sains Gunaan, kesemuanya memainkan peranan penting dalam membentuk generasi profesional Bumiputera.
Kewujudan Blok Menara, Perpustakaan Tun Abdul Razak, Blok Pentadbiran dan Pusat Pelajar pula melengkapkan ekosistem pembelajaran yang progresif dan moden pada zamannya. Sementara itu, Dewan Besar, Gelanggang Hoki dan Tenis serta Kompleks Sukan menjadi medan pembangunan bakat, kepimpinan dan semangat kesukanan mahasiswa.
Hari ini, menjelang 7 dekad, bangunan-bangunan ini bukan sekadar struktur fizikal, tetapi merupakan warisan institusi yang menyimpan ribuan memori, kisah perjuangan dan pencapaian warga ITM yang kemudiannya berkembang menjadi Universiti Teknologi MARA (UiTM).
17 bangunan terawal ini adalah batu asas kepada sebuah legasi pendidikan yang terus mekar, menghubungkan sejarah, warisan dan masa depan UiTM untuk generasi mendatang.
Sumber : Buku Program Acara-Acara Perayaan Ulangtahun ke 10 ITM dari 2 Oktober 1977 - 16 Oktober 1977
"The new ITM Shah Alam campus emerged as a center of higher education excellence in the late 1970s, supported by 17 key buildings that shaped academic life, student development, and campus culture. These facilities included student residences, academic faculties, administrative offices, the library, student center, and sports complex, all of which played an important role in producing skilled Bumiputera professionals. Today, these buildings stand as important institutional landmarks that preserve the history, achievements, and memories of ITM, reflecting the strong foundation that contributed to its transformation into Universiti Teknologi MARA (UiTM) and its continued growth as one of Malaysia’s leading universities."