TNC UiTM Dinobat Antara 50 Wanita Terbaik Bidang Pendidikan Dunia
Senarai rekod

Rekod Arkib

TNC UiTM Dinobat Antara 50 Wanita Terbaik Bidang Pendidikan Dunia

Suzana Sulaiman, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Teknologi MARA, telah menerima anugerah **Top 50 Women in Education** di Mumbai, India. Pengiktirafan ini diberikan atas sumbangan cemerlang beliau dalam bidang pendidikan, khususnya dalam perakaunan pengurusan, melalui inovasi, kepimpinan dan dedikasi sepanjang lebih 33 tahun dalam dunia akademik. Pencapaian ini bukan sahaja mengiktiraf kecemerlangan beliau di peringkat antarabangsa, malah turut meningkatkan reputasi UiTM sebagai institusi pendidikan yang unggul di persada global. Selain menerima anugerah tersebut, beliau juga dijemput menyampaikan syarahan di World Education Congress, sekali gus memperkukuhkan pengaruh dan ketampakan UiTM dalam komuniti akademik antarabangsa.

Gambar ditampal

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Profesor Datin Dr. Suzana Sulaiman, menerima anugerah 'Top 50 Women in Education' pada World Education Congress Awards 2024 di Mumbai, India. UiTM dalam satu kenyataan memaklumkan, pengiktirafan Suzana sebagai pakar dalam perakaunan pengurusan telah memberi impak besar kepada sektor pendidikan di UiTM, kerajaan serta organisasi antarabangsa seperti Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) dan The Chartered Institute of Management Accountants (CIMA).

"Dengan lebih 33 tahun pengalaman mengajar serta latar belakang pendidikan dari United Kingdom (UK) dan UiTM, beliau memberi pengaruh signifikan kepada landskap pendidikan pada peringkat kebangsaan serta antarabangsa. "Anugerah itu mengiktiraf wanita yang menyumbang secara signifikan dalam bidang pendidikan melalui inovasi, dedikasi dan kepimpinan," katanya. Menurut kenyataan itu lagi, pengiktirafan terbabit juga adalah bukti komitmen UiTM terhadap kecemerlangan akademik pada peringkat antarabangsa, sekali gus meningkatkan reputasi universiti berkenaan di mata dunia.

"Beliau turut dijemput memberi syarahan pada World Education Congress. Ia memperlihatkan pengaruh dan ketampakan UiTM dalam forumakademik antarabangsa. "Pencapaian beliau mencerminkan dedikasi UiTM dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk kejayaan pelajar dan pendidik," katanya.
Majlis penganugerahan itu dihadiri peserta dari pelbagai negara, termasuk India, Bangladesh, Sri Lanka, Pakistan, Amerika Syarikat, Uganda,UK, Bhutan, Jepun dan Qatar.

Penerima anugerah itu dinilai oleh badan-badan antarabangsa seperti World Sustainability, World HRD Congress, World Federation Academic& Educational, World Federation Quality and Professional, World Federation of Human Resources Professionals, dan Thought Leaders International.

Sumber : Berita Harian (https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/07/1270607/tnc-uitm-dinobat-antara-50-wanita-terbaik-bidang-pendidikan-dunia)

"Professor Datin Dr. Suzana Sulaiman, Deputy Vice Chancellor (Academic and International) of Universiti Teknologi MARA, was honoured with the prestigious Top 50 Women in Education at the World Education Congress Awards 2024 in Mumbai, India. The award recognizes outstanding women who have made significant contributions to education through leadership, innovation, dedication, and academic excellence. With more than 33 years of teaching experience and an extensive background in management accounting, Professor Suzana has played a vital role in shaping higher education both nationally and internationally. Her contributions have positively impacted UiTM, government agencies, and leading professional organizations such as Association of Chartered Certified Accountants and The Chartered Institute of Management Accountants. In addition to receiving this distinguished recognition, she was invited to deliver a lecture at the World Education Congress, further highlighting UiTM’s growing influence and visibility within the global academic community. This achievement reflects UiTM’s commitment to academic excellence, international engagement, and the development of a supportive environment that fosters educational success, innovation, and leadership. The award also strengthens the university’s reputation as a leading institution dedicated to producing impactful educators, researchers, and future leaders while contributing to the advancement of higher education on a global scale."