Kesarjanaan ahli akademik dalam pelbagai bidang di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di Malaysia telah lama menerima pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Di peringkat kebangsaan, antara anugerah berprestij yang mengiktiraf kecemerlangan ini ialah Anugerah Merdeka, Anugerah Sastera Negara, Anugerah Tokoh Maal Hijrah, Anugerah Sukan Negara, Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu, Anugerah Saintis Negara, Anugerah Inovasi Negara, Anugerah Langkawi, Anugerah Harta Intelek Negara, Anugerah Seniman Negara serta Anugerah Yayasan Toray Malaysia bagi Sains dan Teknologi.
Sementara itu, di peringkat antarabangsa pula, para sarjana negara turut menerima pengiktirafan melalui pelbagai anugerah berprestij seperti ISESCO Literacy Prize, Al-Khawarizmi Award, Carlos J. Finlay Prize for Microbiology (UNESCO), Young Scientist Award (UNESCO), King Faisal Award, World Intellectual Property Organization (WIPO) Awards, Pameran Inovasi dan Teknologi Antarabangsa, Wharton-QS Stars Award – Reimagining Education, serta pengiktirafan sebagai The World’s Most Influential Scientific Minds.
Pencapaian cemerlang para sarjana Malaysia ini terserlah melalui sumbangan signifikan dalam penyelidikan dan penerbitan berimpak tinggi, penghasilan karya ilmiah dan kreatif yang bermutu, kecemerlangan dalam seni dan kreativiti, pengkomersialan hasil penyelidikan serta keberkesanan dalam pengajaran. Kejayaan-kejayaan ini bukan sahaja memperkukuh ekosistem akademik negara, malah turut mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
Sehubungan itu, bermula pada tahun 2006, Kementerian telah memperkenalkan Anugerah Akademik Negara (AAN) sebagai anugerah tertinggi kesarjanaan negara. Anugerah ini diwujudkan bagi mengiktiraf secara menyeluruh kejayaan dan sumbangan cemerlang para sarjana Malaysia dalam pembangunan ilmu, pendidikan dan inovasi.
Anugerah Akademik Negara merupakan wadah pengiktirafan tertinggi kepada ahli akademik yang sedang atau pernah berkhidmat di IPT Malaysia, berdasarkan sumbangan signifikan mereka dalam bidang-bidang berikut:
-
Pengajaran
-
Penemuan ilmu
-
Penulisan dan penerbitan ilmiah serta kreatif
-
Pemindahan dan pengembangan ilmu
Sejak diperkenalkan pada 2006, berikut merupakan senarai penerima Anugerah Akademik Negara oleh warga UiTM :
| Bil. | Penerima | Anugerah | Tahun |
|---|---|---|---|
| 1 |
Prof. Dr. Mohamad Hatta bin Azad Khan Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik |
Anugerah Seni dan Kreativiti |
2008 |
| 2 |
Encik Junaidi bin Awang Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka |
Anugerah Seni dan Kreativiti |
2010 |
| 3 |
Profesor Madya Dr. Jaafar bin Jantan Fakulti Sains Gunaan |
Anugerah Pengajaran (Kelompok Sains Tulen) |
2010 |
| 4 |
Dato’ Prof. Dr. A. Razak Mohaideen Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik |
Anugerah Seni dan Kreativiti |
2011 |
| 5 |
Prof. Dr. Muliyadi bin Mahamood Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka |
Anugerah Seni dan Kreativiti (Kategori Penulisan Kreatif) |
2012 |
| 6 |
Encik Junaidi bin Awang Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka |
Anugerah Seni dan Kreativiti (Kategori Seni Visual) |
2012 |
| 7 |
Prof. Madya Dr. Tazul Izan Tajuddin Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik |
Anugerah Seni dan Kreativiti (Kelompok Seni Persembahan) |
2016 |
| 8 |
Encik Mohd Faizul Bin Noorizan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka |
Anugerah Seni dan Kreativiti (Kelompok Kraf) |
2017 |
| 9 |
Dr. Prasanna Ramakrisnan Fakulti Sains Komputer & Matematik (FSKM) |
Anugerah Pengajaran (Kelompok Sains Gunaan) |
2022 |
"The scholarly achievements of Malaysian academics have earned widespread recognition at both national and international levels, reflecting the quality and excellence of the country’s higher education sector. Academics from Malaysian Higher Education Institutions (HEIs) have received numerous prestigious awards for their contributions to research, innovation, teaching, creative works, and intellectual development. To further recognize these outstanding achievements, the Malaysian Ministry of Higher Education introduced the National Academic Award (Anugerah Akademik Negara, AAN) in 2006 as the nation’s highest academic honour. The award acknowledges academics who have made significant contributions in teaching, knowledge discovery, scholarly and creative publications, as well as knowledge transfer and dissemination. Through this recognition, AAN continues to promote academic excellence, encourage impactful scholarship, and inspire educators and researchers to contribute to national development and global knowledge advancement."