Istiadat Konvokesyen UiTM -104 UiTM Cawangan Sabah
Senarai rekod

Rekod Arkib

Istiadat Konvokesyen UiTM -104 UiTM Cawangan Sabah

Majlis Konvokesyen UiTM Ke-104 Cawangan Sabah yang berlangsung pada 9 Jun 2026 telah meraikan seramai 612 graduan yang menerima ijazah dan diploma, sekali gus menandakan kejayaan akademik serta permulaan perjalanan mereka sebagai graduan yang bersedia menyumbang kepada masyarakat dan negara.

AI Assisted

Ringkasan rekod ini dengan AI

Dapatkan ringkasan pendek dan fakta utama berdasarkan kandungan rekod arkib ini.

Gambar ditampal
Pada 9 Jun 2026, Majlis Konvokesyen Ke-104 Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Dewan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu, dan dipengerusikan oleh Pro-Canselor UiTM, YBhg. Datuk Kee Mustafa. Majlis yang penuh istiadat dan bermakna ini diadakan bagi meraikan kejayaan para graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian masing-masing serta menerima penganugerahan sebagai tanda pengiktirafan terhadap usaha, dedikasi dan komitmen mereka sepanjang tempoh pengajian di universiti. Pada konvokesyen kali ini, seramai 612 orang graduan telah menerima Ijazah dan Diploma dalam pelbagai bidang pengajian. 

Daripada jumlah tersebut, 208 orang graduan telah diraikan pada Sidang 1 yang berlangsung pada sesi pagi dalam suasana yang penuh rasa bangga dan syukur. Kehadiran ahli keluarga serta para ibu bapa turut memeriahkan majlis, sekali gus menjadi bukti sokongan dan pengorbanan yang telah diberikan kepada para graduan sepanjang perjalanan akademik mereka. Majlis konvokesyen ini bukan sahaja menjadi simbol kejayaan akademik, malah merupakan satu detik bersejarah yang menandakan permulaan kepada langkah baharu para graduan dalam meneruskan kerjaya dan menyumbang bakti kepada masyarakat serta negara. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua graduan dan ibu bapa atas pencapaian yang membanggakan ini, dengan harapan agar kejayaan yang diraih menjadi inspirasi untuk terus mengejar kecemerlangan serta membawa nama baik universiti pada masa hadapan.