Detik bersejarah terukir di Universiti Teknologi MARA apabila YBhg. Datuk Kee Mustafa buat julung kalinya menyempurnakan penganugerahan
ijazah sebagai Pro-Canselor UiTM yang baharu sempena Istiadat Konvokesyen UiTM ke-104 (Sidang 14) pada 16 Mei 2026 di Dewan Agung Tuanku Canselor.
Sidang penuh bermakna ini meraikan kejayaan seramai 1,078 graduan daripada Fakulti Sains Komputer dan Matematik serta Fakulti Sains Maklumat yang telah berjaya menamatkan pengajian dan melakar langkah baharu menuju dunia profesional.
Dengan penuh wibawa dan aspirasi, penganugerahan pertama ini bukan sahaja menjadi simbol amanah baharu kepada YBhg. Datuk Kee Mustafa, malah turut mencerminkan kesinambungan kecemerlangan UiTM dalam melahirkan graduan berilmu, berdaya saing dan bersedia mendepani cabaran masa hadapan.
Tahniah kepada seluruh graduan atas pencapaian yang membanggakan. Semoga ilmu yang diperoleh menjadi pemangkin kepada kejayaan, kepimpinan dan sumbangan bermakna kepada masyarakat serta negara.