Perasmian Dewan Taming Sari, UiTM Cawangan Melaka
Senarai rekod

Rekod Arkib

Perasmian Dewan Taming Sari, UiTM Cawangan Melaka

Dewan Taming Sari yang dinamakan atas kehebatan keris kebanggaan masyarakat Melayu khususnya dalam hikayat sejarah Melaka. Dewan ini mampu memuatkan 4,000 orang dan ini merupakan satu pencapaian terbesar dalam pembinaan dan pembaikan infrastruktur...

Perasmian Dewan Taming Sari, UiTM Cawangan Melaka

Dewan Taming Sari yang dinamakan atas kehebatan keris kebanggaan masyarakat Melayu khususnya dalam hikayat sejarah Melaka. Dewan ini mampu memuatkan 4,000 orang dan ini merupakan satu pencapaian terbesar dalam pembinaan dan pembaikan infrastruktur di UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah.

Keunikan Dewan Taming Sari ini diperhatikan dari seni binaannya yang berpaksikan kiblat membuatkan dewa mega ini boleh digunakan bukan sahaja untuk majlis konvokesyen, penggunaan majlis rasmi fakulti atau pun gelanggang badminton malah juga boleh menyempurnakan program ibadah seperti solat berjemaah dan aktiviti kerohanian. Sejarah terukir apabila Dewan Taming Sari dirasmikan oleh Naib Canselor UiTM ketika itu iaitu Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid pada tanggal 28 Oktober 2011.

 

Sumber : Jalan Hang Tuah Ke Dewan Taming Sari 2012