Evolusi bas ITM - UiTM
Bas ITM pada tahun 1980-1990an.
Ikon pengangkutan utama suatu ketika dahulu di era ITM tahun 70an - 90an merentasi tahun-tahun seterusnya sehingga 2025. Teman setia menjejak ilmu, mengikat persahabatan, saksi kenangan sekeluarga malah menyimpan seribu cerita berputar mengelilingi kampus.
Kelihatan bas generasi pertama pada tahun 1970an di kawasan kampus ITM Shah Alam.
YAB Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia menaiki bas ITM dalam satu program di ITM Shah Alam.
Setiap deruman enjinnya adalah lagu pagi yang membangunkan semangat. Setiap kerusi yang dipenuhi adalah cerita persahabatan, gelak tawa, bahkan titisan air mata. Di jendela bas, wajah-wajah muda menatap masa depan – penuh impian dan keyakinan.
Setiap era mempunyai ceritanya tersendiri, membawa kenangan setiap lapisan warga ITM dari mahasiswa, komuniti sehinggalah pemimpin utama negara. Yang pasti, susuk tubuh ini masih setia mengelilingi kampus setiap hari.
Bas digunakan ketika kemasukan penuntut-penuntut ke ITM.
Bas digunakan untuk aktiviti di dalam kampus dan luar kampus.
Bas ITM di parkir Dewan Seri Budiman dan Menara Ilmu, ITM Shah Alam.
Bas ITM di kampus-kampus ITM.
Perkhidmatan bas mini merah jambu di ITM Shah Alam.
Generasi bas UiTM pada tahun 2000.
Bas UiTM digunakan membawa mahasiswa untuk program-program di seluruh negara.
Penyerahan bas baharu UiTM 2025 yang diwakili oleh Profesor Ts. Sr. Dr. Md Yusof Hamid, Timbalan Naib Canselor Pembangunan pada 24 Julai 2025.
Sumber : Koleksi foto Bahagian Arkib Universiti, UiTM Shah Alam.