Carian Arkib

Terokai Memori Universiti UiTM

Masukkan kata kunci seperti nama tokoh, konvokesyen, kampus atau peristiwa, kemudian tapis hasil carian mengikut kategori, tahun atau lokasi.

Jumlah hasil carian 28 bahan ditemui
Hasil

28 rekod

1-20 daripada 28
Sejarah Artikel

Album Majlis Kemuncak Sambutan Ulang Tahun UiTM ke-50 pada 2006

Album ini mengandungi 86 keping gambar-gambar sekitar Majlis Kemuncak Sambutan Ulang Tahun UiTM ke-50 pada 9 November 2006. Berukuran 34 sentimeter x 34 sentimeter dengan halaman muka hadapan dan belakang dibalut material baldu lembut berwarna kuning diraja serta logo UiTM dengan tinta cetakan warna emas.

Koleksi · 9 Nov 2006 · Sunway Lagoon Hotel & Resorts, Bandar Sunway · 57 hits
Acara / Majlis / Program Artikel

Pelancaran Syiling Ulang Tahun ke-50 UiTM

Kemuncak sambutan Ulang Tahun UiTM ke-50 berlangsung pada 9 November 2006 di Sunway Lagoon Hotel & Resorts, Bandar Sunway menerusi Majlis Makan Malam Jubli Emas yang menghimpunkan alumni daripada pelbagai generasi. Majlis ini diserikan dengan keberangkatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, serta pelancaran aspirasi UiTM sebagai Universiti Bertaraf Dunia menjelang tahun 2020. Pada majlis yang sama, Allahyarham Tun Abdul Razak bin Hussein dianugerahkan gelaran Tokoh Pembela Bangsa. Bagi memperingati sambutan ini, UiTM turut memperkenalkan Syiling Kenang-Kenangan Ulang Tahun ke-50 yang melambangkan identiti, pencapaian dan kegemilangan universiti sepanjang lima dekad penubuhannya.

Ulang Tahun UiTM · 9 Nov 2006 · Sunway Lagoon Hotel & Resorts, Bandar Sunway · 513 hits
Sejarah Artikel

UiTM: Dahulu, Kini dan 50 Tahun – Cabaran dan Halangan

Penerbitan khas sempena sambutan ulangtahun 50 tahun UiTM dalam cetakan 35 halaman muka surat. "UiTM: Dahulu, Kini dan 50 Tahun – Cabaran dan Halangan" merupakan antara karya signifikan hasil nukilan Profesor Dato' Seri Dr. Ibrahim Abu Shah, Naib Canselor UiTM, yang merakamkan hala tuju strategik universiti ketika menyambut ulang tahun emas penubuhannya.

Penerbitan · 1 Jan 2006 · UiTM Shah Alam · 48 hits
Acara / Majlis / Program Galeri

7 Dekad Evolusi UiTM - Peletakan Tanda Tahun 1956 hingga 2026

Penubuhan UiTM telah mencecah usia 70 tahun dan ianya bukan sekadar angka yang merentasi masa, tetapi melambangkan tujuh dekad jasa, pengorbanan dan kecemerlangan dalam membangunkan modal insan serta memacu kemajuan negara.

Ulang Tahun UiTM · 26 Jun 2026 · Air Terjun Canselori · 101 hits
Acara / Majlis / Program Artikel

Ulangtahun ke 10 Tahun Institut Teknologi MARA

Sempena ulang tahun ke-10 ITM pada tahun 1977, ucapan tahniah disampaikan bagi menghargai kejayaan dan perkembangan pesat institusi sejak penubuhannya. ITM diiktiraf sebagai institusi penting dalam melahirkan tenaga profesional Bumiputera dalam bidang sains, teknologi, pengurusan dan kemahiran, selaras dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru. Ucapan tersebut turut menzahirkan harapan agar ITM terus mencapai kecemerlangan, memenuhi aspirasi negara, dan memainkan peranan penting dalam pembangunan pendidikan Malaysia.

Ulang Tahun UiTM · 14 Oct 1977 · ITM Shah Alam · 4,530 hits
Acara / Majlis / Program Galeri

Sambutan 25 Tahun UiTM Sebagai Sebuah Universiti (1999–2024)

{gallery}galeri/kapsul25tahun{/gallery} Tahun 2024 menandakan satu detik bersejarah buat Universiti Teknologi MARA (UiTM) apabila institusi ini meraikan ulang tahun ke-25 sebagai sebuah universiti. Sejak dinaik taraf dari Institut Teknologi MARA (...

Ulang Tahun UiTM · 1999 · 4,980 hits
Acara / Majlis / Program Galeri

Majlis Kemuncak Sambutan 60 Tahun UiTM

Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah melakar sejarah gemilang apabila meraikan ulang tahun penubuhannya yang ke-60 pada 14 Oktober 2016, bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam. Berdiri tengah dari kiri Tan Sri Dato’ Seri...

Ulang Tahun UiTM · 2016 · 1,144 hits
Acara / Majlis / Program Artikel

Koleksi Cenderamata ITM — Simbol Memori 40 Tahun Gemilang

Sempena ulang tahun ke-40 ITM, pelbagai cenderamata istimewa diterbitkan sebagai penghargaan terhadap sejarah, kecemerlangan dan legasi institusi. Koleksi ini bukan sahaja menjadi memorabilia, malah melambangkan nostalgia, semangat warga ITM serta perkembangan institusi sebelum berkembang menjadi Universiti Teknologi MARA (UiTM), sekali gus menjadi khazanah bersejarah yang bernilai.

Ulang Tahun UiTM · Tanpa tarikh · ITM Shah Alam · 239 hits
Acara / Majlis / Program Artikel

Dokumentari Sambutan 60 Tahun UiTM

Dokumentari Sambutan 60 Tahun UiTM: Enam Dekad Menjulang Harapan Bangsa Enam puluh tahun lalu, benih sebuah institusi ditanam dengan cita dan harapan agar anak bangsa berdiri sama tinggi, duduk sama rendah di pentas dunia. Dari Maktab RIDA yang se...

Ulang Tahun UiTM · 2016 · 621 hits
Acara / Majlis / Program Galeri

Sambutan Rasmi Wira Negara-Everest di Stadium UiTM Shah Alam

Wira-WIra Everest bersama Perdana Menteri UiTM telah melakar sejarah dengan kejayaan dua orang mahasiswa iaitu Muhammad Muqharabbin Mokhtaruddin dari Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi dan Ahmad Reduan Rozali dari Fakulti Sains Gunaan yang berjaya m...

2004 · 569 hits
Acara / Majlis / Program Artikel

Perasmian Konvensyen Perdana sempena 40 tahun Penubuhan ITM

Sempena sambutan 40 tahun penubuhan ITM, Konvensyen Perdana telah diadakan pada 6 hingga 7 Disember 1996 di Dewan Sri Budiman, ITM Shah Alam sebagai acara kemuncak sambutan. Konvensyen yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, YB Dato' Khalid Yunus, menampilkan pembentangan mengenai perkembangan pendidikan tinggi dan hala tuju ITM ke arah Wawasan 2020, di samping forum yang menghimpunkan bekas pengarah serta alumni bagi membincangkan sejarah, masa depan dan peranan alumni dalam pembangunan ITM.

Ulang Tahun UiTM · 6 Dec 1996 · ITM Shah Alam · 395 hits
Jabatan / Pejabat / Pusat Galeri

UiTM Cawangan Perlis Kampus Arau

Gambar kiri, fasa pembangunan ITM Cawangan Perlis Kampus Arau dan gambar kanan suasana kampus selepas pembinaan. UiTM Perlis merupakan kampus cawangan UiTM yang terbesar dan antara yang tertua. Ia terletak di Bandar Diraja Arau, kira-kira 13 kilom...

Kampus · 1974 · 4,464 hits
Bangunan/Arca/Monumen/Landskap Artikel

Majlis Perasmian dan Penamaan Masjid An-Nur UiTM Cawangan Perlis

Sempena sambutan Jubli Mutiara ke-30 UiTM Cawangan Perlis, Masjid An-Nur telah dirasmikan dan dinamakan secara rasmi pada 30 Oktober 2004, menggantikan nama Pusat Islam. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh DYMM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Pemangku Raja Perlis ketika itu, bersama kerabat diraja, pemimpin negeri, warga UiTM dan pelajar. Bersempena bulan Ramadan, majlis turut diisi dengan aktiviti berbuka puasa bersama serta penyampaian sumbangan kepada anak yatim dan kakitangan UiTM. Penamaan Masjid An-Nur melambangkan peranan masjid sebagai pusat ibadah, ilmu, kebajikan dan pembangunan sahsiah warga kampus. Dengan kapasiti sekitar 3,000 jemaah, Masjid An-Nur terus menjadi mercu tanda dan simbol kecemerlangan UiTM Cawangan Perlis.

30 Oct 2004 · UiTM Cawangan Perlis · 361 hits
Acara / Majlis / Program Artikel

Wacana Dinamika Bumiputera sempena Ulang tahun ke-27 UiTM

Universiti Teknologi MARA (UiTM) menganjurkan Wacana Dinamika Bumiputera pada tahun 2026 di Anjung Seri Budiman UiTM bagi membincangkan hala tuju pembangunan Bumiputera sempena ulang tahun ke-27 UiTM sebagai sebuah universiti dan tujuh dekad legasinya. Wacana bertemakan “Menjulang Bumiputera, Mengakar Tradisi, Meneraju Global” ini menghimpunkan tokoh akademik, alumni, industri dan komuniti untuk memperkukuh bakat, jati diri, keusahawanan, mobiliti sosial dan daya saing Bumiputera selaras dengan aspirasi UiTM 2030.

Ulang Tahun UiTM · 26 Aug 2026 · Anjung Sri Budiman, UiTM Shah Alam · 42 hits
Acara / Majlis / Program Artikel

Perayaan Kemerdekaan yang pertama di Dewan Latehan RIDA

Pada 31 Ogos 1958, buat julung kalinya para pelajar dan Pengetua Dewan Latehan RIDA iaitu Tuan Syed Alwi Bin Syed Sheikh Al-Hadi telah menyambut hari ulang tahun Kemerdekaan Pertama Malaya di Dewan Latehan RIDA. Pengambilan pelajar bagi Sesi 1958/...

1958 · 308 hits
Acara / Majlis / Program Artikel

Sirih pulang ke gagang : KSU KPT kembali ke Alma Mater

Universiti Teknologi MARA (UiTM) menerima kunjungan rasmi pertama Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Dr. Anesee Ibrahim, ke alma mater beliau pada 15 Mei 2025 di UiTM Puncak Alam. Dalam lawatan tersebut, beliau menerima semula borang asal permohonannya ke Institut Teknologi MARA (ITM) sebagai simbol penghargaan terhadap perjalanan beliau daripada seorang pelajar kepada peneraju tertinggi pentadbiran pendidikan tinggi negara. Lawatan itu turut diraikan bersempena ulang tahun kelahirannya, sekali gus menjadi detik bermakna yang mencerminkan kejayaan peribadi serta kebanggaan UiTM terhadap pencapaian alumninya.

Alumni · 15 May 2025 · UiTM Puncak Alam · 949 hits
Pengiktirafan Galeri

Pencapaian UiTM dalam Malaysian Book of Records (MBOR)

Pencapaian Fakulti / Pejabat / Pusat Kampus Tahun Keterangan Biggest Flag Raised At Mount Kinabalu Kelab Hiking & Camping, Pusat Pendidikan Persediaan UiTM Shah Alam 1999 Malaysia's Biggest Flag which measures 93m by 31.5m have been raised at Mo...

Pengiktirafan · 1999 · 2,799 hits
Pemimpin Universiti Artikel

Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM Ke-3 : Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin

Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM ke-3 menggantikan Tan Sri Nik Mohamed Yaacob yang tamat tempoh pada 31 Disember 2004. Beliau mula berkhidmat pada 1 Januari 2005 sehingga 30 Jun 2015. Beliau ...

Pengerusi Lembaga Pengarah Uitm · 2004 · 973 hits
Jabatan / Pejabat / Pusat Galeri

Unit Kesatria Institut Teknologi MARA (UiTM)

Encik Tahir Majid, Pemangku Pengarah ITM memeriksa perbarisan kehormat oleh Ketua-Ketua Platun Kesatria, Julai 1976 Dato' Lokman Musa, Pengarah ITM sedang memeriksa tamat latihan Ketua-Ketua Platun Kesatria, Jun 1977 Kesatria adalah latihan ala ...

Persatuan · 1976 · 2,125 hits